DIARI CIKGU KAMILAH


Hari ini 26 Oktober 2011....cuti sempena DEEPAVALI 2011......emm info untuk diari cikgu Kamilah...silala baca.............

Ibu bapa yang cemerlang



Ibu bapa yang cemerlang ialah mereka yang mampu memenuhi keempat-empat keperluan anak. Keempat-empat keperluan itu ialah:


1. Memenuhi Keperluan Fizikal dan Material

Ibu bapa perlu berusaha untuk memenuhi kehendak fizikal dan material anak-anak, seperti memberi makan dan minum, membeli pakaian, membina tempat tinggal yang selesa, menjaga kesihatan mereka dan juga menyediakan kemudahan pengangkutan. 


2. Memenuhi Keperluan Akal atau Pemikiran

Setelah memenuhi keperluan fizikal dan material, ibu bapa mesti mampu memenuhikeperluan akal (ilmu) anak-anak. Mereka mesti berupaya memberi ilmu agama(fardhu ain) dan ilmu akademik (fardhu kifayah) kepada anak-anak. Ibu bapa mesti menyediakan buku-buku dan bahan bacaan serta lain-lain kelengkapan belajar untuk anak-anak. Ini adalah untuk meningkatkan tahap IQ mereka.


3. Memenuhi Keperluan Emosi

Setelah mengisi keperluan fizikal, material dan ilmu, ibu bapa seharusnya mampu mengisi keperluan emosi anak-anak. Perasaan anak-anak perlu dibelai, dihargai dan didengari. Ahli psikologi berpendapat, anak-anak yang tidak dibelai, dihargai dan didengari akan membesar dalam emosi yang tertekan. Untuk itu, ibu bapa mesti menjadi pendengar yang baik. Anak-anak perlukan perhatian, simpati dan empati yang seharusnya dipenuhi oleh ibu bapa. Jika tidak, mereka akan membesar sebagai individu yang pincang dan rendah tahap kecerdasan emosi (EQ).


4. Memenuhi Keperluan Jiwa

Ibu bapa mesti memenuhi keperluan jiwa anak-anak yang dikatakan juga sebagaikeperluan SQ (kecerdasan spiritual). Anak-anak perlu dididik dengan soal-soalkeimanan, yakni kepercayaan yang mantap kepada Allah, hari akhirat, syurga dan neraka serta soal-soal ghaibiyat yang lain. Untuk itu, ibu bapa perlu menjadi teladan - the living role model - yang boleh dicontohi pada sikap dan perlakuannya oleh anak-anak pada setiap masa. Tutur kata, perbuatan dan tindakan ibu bapa sehari-hari amat berkesan untuk mendidik anak-anak dalam soal keimanan dan akhlak. Mata lebih dipecayai daripada telinga - maksudnya sikap dan tindakan itu lebih berkesan untuk mendidik berbanding cakap. 


Sekiranya ibu bapa mampu memenuhi keempat-empat keperluan di atas, maka insyaAllah bolehlah mereka dikategorikan sebagai ibu bapa yang cemerlang. Bagaimana? Sudahkah kita mengisi kesemua keperluan tersebut atau kita hanya mampu mengisi sebahagian daripadanya? 



***Artikel di atas dipetik daripada buku ini...



26 OKTOBER 2011
5.50 PETANG

Ciri-Ciri Guru Cemerlang


Tetiba aku teringat pasal permohonan guru cemerlang........seorang daripada rakan sekerjaku telah memohon untuk menjadi guru cemerlang, pemantauan dari pihak nazir ke SK. Pekan Jaya, membuka sedikit mindaku tentang apa persediaan yang seharusnya dilakukan sebelum memohon guru cemerlang.  Apa pula kriteria guru cemerlang....



Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak menjanjikan peluang kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan pelbagai insentif untuk membantu meningkatkan profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciri-ciri guru yang cemerlang dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu:
  1. Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau humorous (jenaka) dan tegas.
  2. Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan lancar, pergerakan badan dan mimik muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan lantang); kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan.
Terdapat lima (5) aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000) dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran (Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan 2000. 3 – 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 – 178): 1. Kecemerlangan Peribadi
Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:
  • Nilai kendiri yang positif
  • Berakhlak mulia
  • Adil
  • Bertimbang rasa
  • Amanah
  • Bertanggung jawab
  • Kreatif
  • Inovatif
  • Kemas
  • Sikap sedia berkongsi
  • Bersikap terbuka
  • Berpemikiran positif
2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran:
  • Mengamalkan budaya ilmu
  • Berkebolehan menyelesaikan masalah
  • Membuat keputusan yang rasional serta objektif
  • Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing

3. Kecemerlangan Komunikasi Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi:
  • Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan.
  • Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya.
  • Berkeupayaan memelihara hubungan mesra.
  • Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.
4. Kecemerlangan Potensi
  • Keberkesanan sumbangan terhadap kejayaan sekolah atau institusi pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
  • Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus profesional, seminar, bengkel.
  • Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan penyelidikan.
5. Personaliti Unggul Personaliti ialah perwatakan dan tingkahlaku. Personaliti ialah satu daripada pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti unggul seperti berikut:
  • Adil
  • Sabar
  • Tegas
  • Konsep kendiri positif
  • Kesungguhan
  • Mesra
  • Prihatin
  • Kerjasama
  • Menepati masa
  • Bertanggung jawab
  • Berakhlak mulia
  • Kecindan (unsur jenaka)
Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000) hanya memiliki tiga (3) sahaja ciri-ciri di atas iaitu tegas, menepati masa dan kecindandimiliki oleh semua guru cemerlang yang ada di negara kita masa kini.

                                        Kaedah Pengajaran Dalam Islam


    Kita mempunyai pelbagai sumber ilmu yang amat berguna untuk diamalkan dalam profesion perguruan. Antara sumber ilmu tersebut adalah kaedah pengajaran yang digunakan oleh Rasulullah SAW dan para Cendikiawan Islam yang tersohor se antero dunia. Rasulullah SAW Baginda menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dalam menyampaikan ilmu dunia dan akhirat kepada pengikut-pengikut Baginda meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Antara kaedah yang Baginda gunakan ialah:
  • Kuliah
  • Khutbah
  • Dialog
  • Soal jawab
  • Hafazan
  • Mujadallah
  • Gambaran - kini dikenali sebagai penggunaan bahan audio visual
  • Amali
  • Demonstrasi
  • Halaqah dan banyak lagi....
Baginda sebenarnya sudah mendahului pelbagai strategi pengajaran yang masa kini disebut sebagai teknologi pendidikan. Hanya ketiadaan komputer pada zaman baginda sahaja yang membezakan strategi pengajaran yang digunakan dengan strategi pada zaman ini. Walau bagaimanapun Baginda telah mempelopori dan menunjukkan contoh strategi pendekatan pengajaran yang amat sesuai dengan kehendak pelajar. Dalam sebuah buku yang bertajuk Nabi Muhammad: Guru dan Pendidik Terulung, ditulis oleh As Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah (diterjemah oleh Hj. Shuhadak Mahmud, Dirasat Ulya, Jamieah Maftuhah, Kaherah, Mesir) terbitan Maktab Al-matbuah Islamiah Habab. Diterbitkan bersama oleh M Khari Ent. dan Al Azhar media Ent. Buku ini menghuraikan 40 teknik cara mengajar oleh Rasulullah. Ibn Khaldun Beliau menggunakan kaedah pengajaran mengikut peringkat-peringkat pengajian iaitu bermula daripada peringkat rendah kepada peringkat tinggi. Antara kaedah-kaedah yang digunakan ialah:
  • Qiraah (bacaan)
  • Hafz (hafazan)
  • Kitabah (tulisan)
  • Imla’i (menyalin)
  • Istiwbat (ambilan)
  • Tardid (ulang sebut)
  • Munazarah (pemerhatian)
  • Tikrar (pengulangan)
  • Sama’ (mendengar)
  • Ijtima’al-watan (pergaulan dengan penduduk setempat)
  • Mulakhasah (deduktif)
  • Tamhid (induktif)
  • Juz’i (menjelaskan secara satu persatu)
  • Kulli (menyeluruh)
  • Bati (beransur-ansur)
  • Daqiqah (mendalam)
  • Umuniyyah (umum)
  • Hayah (penghayatan)
  • Muttakamul (kesepadanan)
  • Syumul (menyeluruh dan benar-benar menguasai ilmu) - kaedah sekarang (moden?) dikenali sebagai 'mastery learning'
  • Talkhis (peringkasan)
  • Rihlah (lawatan)
  • Takhdis (huraian)
  • ’amali (praktikal)
Al Qabisi
  • Kuliah dan syarahan bagi mata pelajaran akhlak
  • Hafz (hafazan) hendaklah diikuti dengan amali (aml)
  • Kaedah fard (individu) bagi murid yang lemah
  • Jama’iyyah (berkumpulan)
  • Tardid (meniru)
  • Qudwah (tauladan)
  • Tamsil (tunjuk ajar) - bersamaan dengan kaedah demonstrasi
  • ’amliyah (amali)
Al Farabi, Ibn Sinna dan Ibn Tufail
  • Huraian
  • Perbandingan - banding beza yang dikenali dalam kemahiran berfikir
  • Perkaitan - seperti dalam kemahiran berfikir yang diperkenalkan sekarang
  • Kesimpulan
  • Generalisasi
  • Implikasi
  • Ikhtisar
  • Penyelesaian masalah - dikenali sekarang sebagai problem solving
  • Inkuiri
Al Ghazali dan Sufyan Al ’Uyainah
  • Munaqasah (perbincangan)
  • Al-adwan (main peranan) - dikenali sebagai roleplay
Imam Shafi’i dan Imam Malik
  • Imla’i (menyalin)
  • Istima’ (mendengar)
  • Nazar wa istima’ (pandang dan dengar) - kini dikenali sebagai penggunaan bahan audio visual
  • Kalam (dialog)
  • Qira’ah (bacaan)
  • Kitabah (tulisan)
Lain-lain kaedah pengajaran yang sering digunakan oleh cendekiawan Islam lain adalah seperti berikut:
  • Taqlid duna nazar wa fikr – meniru
  • ’adan al-akhlas bi al dars - peneguhan
  • Burhan wa wadihah – penerangan dan penjelasan
  • Kulliyyat – penerangan
  • Tamhis al-ra’yie – percambahan idea
  • Tikrar ma’a talwin – latih tubi
  • Tajribal al-sakhsiah – pengalaman
  • ’Ibrah – penceritaan
  • Taqdim al-targhib ’ala al-tarhib – mengutamakan kegembiraan daripada ancaman
  • Uswah hasanah – teladan yang baik, mengambil iktibar, tinjauan, muhasabah
Jika diteliti kaedah-kaedah yang telah digunapakai sejak berzaman dahulu ini, ianya masih relevan dan hanya diberi nafas baharu atau dengan lain perkataan bolehlah kita katakan sebagai satu penjenamaan semula mengikut acuan barat. Tambahan pula dengan adanya teknologi canggih terkini iaitu Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), maka kaedah-kaedah yang diberikan penjenamaan semula ini kelihatan begitu canggih dan seolah-olah dicipta oleh para cendekiawan barat. Semoga dengan artikel ini, kita semua sebagai warga guru yang mempraktiskan kaedah-kaedah pengajaran ini sedar bahawa ilmu tersebut sebenarnya telah pun diperkenalkan oleh cendekiawan Islam, malahan telah diterajui oleh Rasullullah saw.


HARI RAYA AIDIL ADHA (06 NOVEMBER 11)


Eiduladha Masjid Greetings Card

Tidak sabar rasanya untuk meraikan aidil adha di rumah ibu saudaraku hari ini.  Kami telah sepakat mengorbankan seekor lembu.  Alhamdulillah... urusan korban berjalan lancar dalam suasana tenang, dan damai.  Bermula pukul 10.30 pagi dan semuanya selesai jam 3.00 petang.

Nikmat kemeriahan Aidiladha atau Hari Raya Haji dirasai pelbagai lapisan masyarakat khususnya mereka yang tidak berkemampuan dan golongan dikurniakan Allah rezeki yang lebih. Inilah masanya yang berkemampuan menunaikan ibadat korban untuk disedekahkan kepada golongan miskin.
Amalan ibadah menyembelih binatang korban ini sama ada lembu, kerbau, kambing atau unta amat dituntut Islam sejajar roh pengorbanan Nabi Ibrahim yang akhirnya menyembelih seekor kibas.
Manfaat sembelihan korban bukan hanya kepada fakir miskin saja bahkan kepada penternak, penjual atau peraih. Justeru, dinasihatkan golongan ini juga melakukan pengorbanan tanpa memikirkan keuntungan saja.
Senario di Malaysia, setiap kali hari raya korban maka bekalan haiwan tidak mencukupi dan ada kala terpaksa diimport.
Ibadat korban mempunyai kaitan rapat dengan kaedah penyembelihan dan ketika melakukan audit sembelihan di Australia, pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ditanya adakah kaedah sembelihan di Malaysia mengambil kira kebajikan haiwan itu.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu, maka apabila kamu membunuh elokkanlah pembunuhan itu dan apabila kamu menyembelih maka elokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan pisaunya dan hendaklah dia memberi keselesaan kepada binatang sembelihannya.” (Hadis riwayat Muslim)
Adakah ihsan diambil kira dalam sembelihan korban? Contohnya, lembu ditambat tanpa diberi minum di tengah panas dan hujan sehari semalam, diikat kaki dengan sekuatnya, diheret di atas tanah serta duduk atas haiwan ketika disembelih, mengasah pisau di hadapan haiwan, tidak diuraikan tali ikatan selepas sembelih, mencabut bulu-bulu di leher haiwan sebelum sembelih, melapah sebelum sempurna mati dan sembelih di hadapan haiwan lain.
Pandangan ulama, perbuatan itu makruh dan tiada ihsan terhadap haiwan korban. Adalah malang sunat korban dicampurkan dengan perbuatan makruh ketika proses sembelihan. Semestinya amalan sunat korban disusuli perbuatan sunat dalam sembelihan.
Antara perkara sunat dalam sembelihan korban ialah membaca Bismallah dan selawat, lelaki baligh dan berakal, pisau yang tajam, membaringkan binatang di atas rusuk kiri dengan kepala diangkat sedikit, memutuskan semua urat leher tertentu supaya cepat mati tanpa seksa, menghadap kiblat (penyembelih dan haiwan).
Disunatkan takbir tiga kali sebelum dan selepas membaca Bismallah, tidak mengasah pisau di hadapan binatang yang hendak disembelih, tidak menyembelih di hadapan binatang lain dan memberi minum binatang sembelihan itu sebelum disembelih.
Kod etika penyembelih juga perlu diambilkira. Penyembelih juga mesti betulkan niat kerana ada penyembelih menyembelih kerana sesuatu seperti inginkan ekor, kepala, hati atau sebagainya. Ini semua memberi kesan keberkatan dan kualiti daging.
Sebenarnya, semua kaedah dan permasalahan ini sudah dijelaskan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam modul tauliah sembelihan.
Lantaran itu, untuk membetulkan kaedah ini dicadangkan setiap masjid dan surau mengadakan kursus sembelihan kepada ahli kariah supaya semua lapisan masyarakat memahami konsep dan teknik sembelihan serta ihsan.
Islam mengajar umatnya supaya berihsan dengan haiwan termasuk adab dan kaedah sembelihan. Kaedah sembelihan yang betul memberi gambaran jelas kepada orang bukan Islam bahawa Islam itu sempurna dan lengkap. Alangkah indahnya amalan sunat korban itu disuburkan dengan semua amalan sunat lain dalam sembelihan korban.

SEKADAR GELARAN ATAU BENAR-BENAR LAYAK...


Ciri-ciri sekolah berprestasi tinggi adalah seperti mempunyai kepimpinan pengetua yang dinamis dan berkesan , pengurusan kurikulum yang tersusun, pemantauan ataupun penyeliaan yang baik dan lain-lain lagi. Ini merupakan di antara elemen-elemen yang perlu ada bagi sesebuah sekolah yang dianggap sebagai berprestasi tinggi. 

Sesungguhnya sekolah yang berjprestasi tinggi bukanlah impian yang tidak boleh menjadi kenyataan , malahan ia adalah sesuatu yang mampu dicapai sekiranya mempunyai komitmen yang tinggi dari semua pihak yang terlibat.

Semua pihak sangat mengharapkan kejayaan sesebuah sekolah terutamanya sekiranya sesebuah sekolah mencapai kejayaan dari segi kurikulum di mana peratus kelulusan bagi sesuatu peperiksaan awam dapat dipertingkatkan. Saban tahun selepas keputusan peperiksaan awam diumumkan, kerajaan dan pelajar serta masyarakat akan memandang kepada peningkatan pencapaian pelajar. 

Ini adalah kerana pelajar –pelajar pada hari ini merupakan pemimpin pada masa akan datang. Dalam mencapai Wawasan 2020 iaitu menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang maju , satu komitmen yang waja dan jitu adalah diperlukan di kalangan pelajar-pelajar bagi menimba ilmu. 

Menurut Mahathir Mohamed (1995) sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa negara Jepun dan German yang pernah kalah dalam peperangan dunia telah bangun semula dan lebih maju daripada negara yang mengalahkan mereka . Ini disebabkan mereka berani dan sanggup mengambil risiko serta mempunyai nilai-nilai yang mulia dan berdisiplin di mana ini membolehkan mereka maju dan mencapai kejayaan. 

Bagi melahirkan satu generasi yang cemerlang , kerajaan perlu memberi komitmen yang sepenuhnya bagi meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan. Jesteru itu satu reformasi pendidikan bergerak begitu pantas apabila kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengadakan berbagai-bagai perubahan yang perlu untuk membangunkan diri pelajar secara menyeluruh seperti memperkenalkan penggunaan komputer sejajar dengan zaman ledakan maklumat , menubuhkan sekolah Bestari dan sebagainya. Ini adalah kerana sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk mengubah pemikiran dan sahsiah pelajar dan menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara. 

Bagi mencapai tujuan tersebut , keperluan untuk menjadikan sesebuah sekolah itu sebagai sebuah sekolah berprestasi tinggi adalah diperlukan. Sesebuah sekolah itu dikatakan berjaya sekiranya mencapai prestasi yang baik di dalam akademik , iklim sekolah yang merangsangkan pengajaran dan pembelajaran , komitmen di kalangan guru, ibubapa , waris dan seluruh masyarakat malahan kepada gaya kepemimpinan pihak pengurusan sekolah tersebut. 

Menurut Sulaiman Masri (1996) , keluarga yang bahagia akan dapat melahirkan budaya cemerlang di kalangan anak-anak. Begitulah juga di dalam melahirkan sebuah sekolah yang berjaya di mana keadaan sekolah yang bahagia di kalangan warga sekolah akan menjamin berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna di kalangan pelajar-pelajar. Jesteru itu maka golongan muda akan membesar sebagai seorang individu yang berkualiti di mana mereka akan bersedia memberikan sumbangan kepada pembangunan negara.

Oliver (1994) telah menurunkan suatu model komitmen yang menghubungkan ciri-ciri organisasi dan ciri-ciri individu . Dalam model ini , beliau menyatakan jangkaan individu terhadap kerja disatukan dengan keadaan persekitaran kerja bagi menghasilkan persepsi. Bagaimana persepsi ini mencetuskan sikap serta perlakuan adalah bergantung kepada nilai-nilai individu serta keadaan persekitaran. Sebagai contohnya , amalan penyeliaan , ganjaran dan sebagainya. Sikap serta perlakuan ini akan menjadi daya pendorong kepada cara kerja individu dalam satu bentuk sosialisasi , perubahan sikap dan persekitaran kerja yang baik di dalam membentuk nama serta nilai kumpulan. Ini adalah berkaitan dengan usaha bagi mencapai kejayaan sesebuah sekolah itu di mana setiap insan yang terlibat sama-sama mengemblengkan tenaga bagi mencapai tujuan yang tersebut. 

KONSEP SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Sekolah berprestasi tinggi boleh ditakrifkan sebagi sebuah sekolah yang bukan sahaja mencapai kecemerlangan akademik yang baik malahan memberi suasana yang selesa dan teratur serta mempunyai rasa tanggungjawab di kalangan pihak pengurusan , guru-guru dan pelajar-pelajar bagi mencapai aspirasi yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara.

ELEMEN-ELEMEN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Kepemimpinan Pengetua yang dinamis dan berkesan:

Penampilan diri
·         Kesihatan fizikal dan mental yang sihat
·         Beramanah , ikhlas, ada sense of humor dan tidak mementingkan diri sendiri
·         Berkeyakinan diri yang tinggi
  • Mahir berkomunikasi
 Ketrampilan pentadbiran


Kebolehan menganalisa masalah
1.       Kebolehan membuat keputusan  
2.       Keperluan pengurusan organisasi  
3.       Sensitiviti 

Ketrampilan interpersonal  
  1.  Kemahiran kaunseling  
  2. Kemahiran membina pasukan  
  3. Kemahiran penyelesaian konflik  
  4. Kemahiran pengurusan tekanan dan masa  
  5. Akauntabiliti
 Pengurusan kurikulum yang tersusun  
  1. Pengurusan Pra Pengajaran dan Pembelajaran
    •  Ketentuan sistem kelas yang akan digunakan  
    • Jadual waktu kurikulum  
    • Pemilihan guru untuk mengajar sesuatu matapelajaran 
    • Perancangan dan persediaan Pengajaran dan Pembelajaran  
    • Penentuan set pelajar 

Pengurusan semasa pengajaran dan pembelajaran  
  1. Kaedah mengajar  
  2. Penggunaan ABM 
  3. Penilaian atau tugasan 

Pemantauan P & P  
  1. Rondaan – mempastikan ada guru mengajar dan proses P & P berjalan 
  2. Pencerapan pengajaran guru
·         Kekuatan dan kekurangan dari segi isi  
·         Teknik pengajaran  
·         Respon pelajar ke atas pengajaran yang dibuat 
             
     3.Semakan buku nota dan latihan pelajar  
  •  Memenuhi kuota latihan  
  • Menghabiskan sukatan pelajaran 
  • Kualiti pemeriksaan buku-buku ringkasan  
  • Kerja-kerja pemulihan 
    4.Penyemakan buku rekod pengajaran guru  
  •  Perancangan tahunan , penggal , mingguan dan harian

    5.Ujian dan peperiksaan

Model Penyeliaan  
  1.  Penyeliaan klinikal  
  2. Penyeliaan kendiri

Kecemerlangan disiplin
·         Sahsiah
·         Berpakaian kemas
·         Rambut yang kemas dan pendek
·         Tingkah laku
·         Sopan santun  
·         Baik tutur kata
·         Kehadiran ke sekolah
·         Tidak ponteng sekolah
·         Hadir di dalam kegiatan kokurikulum
·         Menyertakan surat waris atau doktor jika tidak hadir ke sekolah
Guru Berkesan
·         Dapat menghasilkan sesuatu menerusi pengajaran
·         Memiliki ciri-ciri personel tertentu
·         Melakukan sesuatu dalam tugas mengajar
Model Fasilitator
·         Sahsiah  
·         Profesional  
·         Teknologi  
·         Motivasi  
·         Pengurusan bilik darjah
·         Strategi , kaedah,teknik
  
PENUTUP

Keseluruhan huraian ini membincangkan elemen-elemen yang sesuai bagi menganggap sesebuah sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang berprestasi tinggi dan langkah-langkah yang sesuai bagi mencapaikan matlamat tersebut. Ini termasuklah dari aspek yang utama iaitu aspek pengajaran dan pembelajaran.Di samping itu , dimasukkan juga aspek-aspek lain yang difikirkan perlu di dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik serta pengurusan kurikulum dan kokurikulum di sesebuah sekolah.

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan peringkat yang terpenting dalam pendidikan di sekolah. Sekiranya kita mempunyai proses pengajaran dan pembelajaran yang mantap dan canggih sudah pasti penghasilan pelajar yang dihasilkan akan lebih bermutu dan mencapai matlamat Dasar Pendidikan Negara. Oleh itu , bidang pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta pemantauan seharusnyalah diberi perhatian utama oleh setiap pengurus sekolah.

Penyeliaan ke atas pengajaran dan pembelajaran dari semasa ke semasa sangat diperlukan sebagai saluran pengawasan untuk pembaikan dan pemantapan supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan di atas landasan yang betul dan bermutu tinggi selaras dengan hasrat negara untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia.

Sesungguhnya....SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI bukan hanya INDAH pada gelaran ....