PENULISAN



KARANGAN AUTOBIOGRAFI



Karangan Jenis Autobiografi
Tuliskan suatu karangan autobiografi yang bertajuk “Aku Sebuah Televisyen”.

.. ISI-ISI KARANGAN
.. tempat kelahiran – bertubuh sasa, berwarna “silver” – lahir dalam keluarga mewah
.. terkenal di antero dunia – Sony, nama komersialku – kualiti, pilihan pertama pengguna
.. dilamar, sepasang suami isteri – setuju membeli aku – harga RM2200.00, secara tunai
.. menemani mereka – berkhidmat, menyampaikan maklumat – banyak siaran, rasa letih
.. disambar petir – jantung meletup dan badan terbakar – terkulai layu, tidak bermaya
.. kecederaan terlalu parah – kos rawatan tinggi – diganti dengan televisyen yang baru
* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

AKU SEBUAH TELEVISYEN 
                 Shah Alam ialah tempat kelahiranku. Tubuhku agak tegap dan sasa, badanku
berukuran 29 inci. Kulitku pula berwarna “silver”. Aku lahir dalam keluarga yang agak
mewah dan mementingkan kualiti.
Namaku terkenal di antero dunia. Jenama komersialku menjadi pilihan global
seluruh pengguna masa kini. Aku bangga dengan namaku, Sony. Gambarku yang
cerah dan berkualiti menyebabkan aku menjadi pilihan pertama pengguna.

               Pada suatu hari, aku telah dilamar oleh sepasang suami isteri. Mereka bersetuju
membeli aku dengan harga RM2200.00 secara tunai. Harga tersebut tidaklah terlalu
mahal bagi mereka. Aku pun dibawa pulang.
Setiap hari aku menemani mereka. Aku berkhidmat menyampaikan berita dan
maklumat terkini lagi sensasi. Pada hujung minggu pula, aku sibuk melayan kerenah
mereka. Mereka memilih siaran Astro mengikut selera mereka, letihnya badanku.

             Pada suatu hari aku disambar petir. Jantungku tiba-tiba meletup, sebahagian
badanku terbakar. Aku terkulai layu, tidak bermaya lagi. Sungguh malang nasibku. Aku
dihantar ke satu tempat untuk menerima rawatan.
Kecederaan yang kualami terlalu parah. Aku memerlukan kos rawatan yang agak
tinggi. Tuan aku membuat keputusan untuk menggantikan aku dengan rakanku yang
baru. Nampaknya, sampai di sini sahajalah khidmatku, selamat tinggal.

SEBELUM
Baca soalan
Fahami soalan
Pilih nombor soalan
Analisis soalan
Cari kunci soalan
Tentukan tajuk
Tulis tajuk cerita*
SEMASA
Rangka/peta minda
Cetusan idea
Menyusun idea
Membina perenggan
Intro mengancam*
Contoh universal*
Bahasa bombastik*
Ayat memukau*
Pendapat rasional*
SELEPAS
Menyunting isi/idea*
Semak tanda baca*
Menyemak ejaan*

.. MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)
1. Budak-budak itu saling tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. (salah)
Budak-budak itu tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. (betul)
{Gugurkan perkataan saling sebab tuduh-menuduh adalah kata ganda yang membawa maksud saling}
2. Penduduk kampung saling bantu-membantu menguruskan majlis kenduri kahwin itu. (salah)
Penduduk kampung saling membantu menguruskan majlis kenduri kahwin itu. (betul)
{Perkataan saling boleh digunakan tetapi tidak boleh dipadankan dengan kata ganda maksud saling}
.



KARANGAN AUTOBIOGRAFI (2)



Karangan Jenis Autobiografi
Tuliskan suatu karangan autobiografi yang bertajuk “Aku Sebuah Televisyen”.

.. ISI-ISI KARANGAN
.. tempat kelahiran – bertubuh sasa, berwarna “silver” – lahir dalam keluarga mewah
.. terkenal di antero dunia – Sony, nama komersialku – kualiti, pilihan pertama pengguna
.. dilamar, sepasang suami isteri – setuju membeli aku – harga RM2200.00, secara tunai
.. menemani mereka – berkhidmat, menyampaikan maklumat – banyak siaran, rasa letih
.. disambar petir – jantung meletup dan badan terbakar – terkulai layu, tidak bermaya
.. kecederaan terlalu parah – kos rawatan tinggi – diganti dengan televisyen yang baru
* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

AKU SEBUAH TELEVISYEN 

          Shah Alam ialah tempat kelahiranku. Tubuhku agak tegap dan sasa, badanku
berukuran 29 inci. Kulitku pula berwarna “silver”. Aku lahir dalam keluarga yang agak
mewah dan mementingkan kualiti.

          Namaku terkenal di antero dunia. Jenama komersialku menjadi pilihan global
seluruh pengguna masa kini. Aku bangga dengan namaku, Sony. Gambarku yang
cerah dan berkualiti menyebabkan aku menjadi pilihan pertama pengguna.
Pada suatu hari, aku telah dilamar oleh sepasang suami isteri. Mereka bersetuju
membeli aku dengan harga RM2200.00 secara tunai. Harga tersebut tidaklah terlalu
mahal bagi mereka. Aku pun dibawa pulang.

          Setiap hari aku menemani mereka. Aku berkhidmat menyampaikan berita dan
maklumat terkini lagi sensasi. Pada hujung minggu pula, aku sibuk melayan kerenah
mereka. Mereka memilih siaran Astro mengikut selera mereka, letihnya badanku.
Pada suatu hari aku disambar petir. Jantungku tiba-tiba meletup, sebahagian
badanku terbakar. Aku terkulai layu, tidak bermaya lagi. Sungguh malang nasibku. Aku
dihantar ke satu tempat untuk menerima rawatan.

          Kecederaan yang kualami terlalu parah. Aku memerlukan kos rawatan yang agak
tinggi. Tuan aku membuat keputusan untuk menggantikan aku dengan rakanku yang
baru. Nampaknya, sampai di sini sahajalah khidmatku, selamat tinggal.

SEBELUM
Baca soalan
Fahami soalan
Pilih nombor soalan
Analisis soalan
Cari kunci soalan
Tentukan tajuk
Tulis tajuk cerita*
SEMASA
Rangka/peta minda
Cetusan idea
Menyusun idea
Membina perenggan
Intro mengancam*
Contoh universal*
Bahasa bombastik*
Ayat memukau*
Pendapat rasional*
SELEPAS
Menyunting isi/idea*
Semak tanda baca*
Menyemak ejaan*

.. MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)
1. Budak-budak itu saling tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. (salah)
Budak-budak itu tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri. (betul)
{Gugurkan perkataan saling sebab tuduh-menuduh adalah kata ganda yang membawa maksud saling}
2. Penduduk kampung saling bantu-membantu menguruskan majlis kenduri kahwin itu. (salah)
Penduduk kampung saling membantu menguruskan majlis kenduri kahwin itu. (betul)
{Perkataan saling boleh digunakan tetapi tidak boleh dipadankan dengan kata ganda maksud saling}
..



KARANGAN MENYUDAHKAN CERITA



Karangan Menyudahkan Cerita
“Kawasan perumahan tempat saya tinggal terdapat sebuah taman permainan. Taman ini ...”
Mulakan karangan kamu dengan “Kawasan perumahan tempat saya tinggal ...”

.. ISI-ISI KARANGAN
.. taman permainan di tempat saya – bersih dan cantik – pengguna bertanggungjawab
.. selalu berkunjung ke taman permainan – lokasinya sesuai – sibuk pada hari minggu
.. pelbagai jenis alat permainan – contoh alat permainan – ada kalanya, main bola sepak
.. peluang berkenalan – rakan-rakan berbilang kaum – menjalin perhubungan, perpaduan
.. senja, suasana beransur sepi – melangkah pulang ke rumah – pasti berkunjung lagi
.. tempat perjumpaan tidak rasmi – aktiviti sukan dan riadah, menjana semangat kejiranan
* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

TAMAN PERMAINAN JADI TUMPUAN CETUSAN IDEA

           Kawasan perumahan tempat saya tinggal terdapat sebuah taman permainan.
Taman ini bersih dan cantik. Hal ini demikian kerana sikap para penggunanya yang
bertanggungjawab dan berdisiplin.

          Saya dan rakan-rakan saya selalu berkunjung ke taman permainan ini. Oleh
sebab, taman permainan ini terletak di tengah-tengah kawasan perumahan, taman ini
menjadi tumpuan ramai. Taman permainan ini lebih sibuk pada setiap hari minggu.
Pelbagai jenis alat permainan terdapat di sini. Antaranya ialah papan lungsur,
jongkang-jongket, buaian, jambatan gantung, kerusi spring, dan lain-lain lagi. Ada
kalanya saya dan rakan-rakan bermain bola sepak di padang yang berhampiran.

          Saya juga berpeluang berkenalan dengan rakan baru. Di samping itu, rakanrakan
yang bermain di taman ini terdiri daripada berbilang bangsa. Sehubungan dengan
itu, perhubungan dan perpaduan akan terjalin mesra.

          Menjelang senja, suasana riuh-rendah di taman permainan beransur sepi. Saya
dan rakan-rakan mula mengatur langkah untuk pulang ke rumah. Jika ada kesempatan,
kami akan mengunjungi taman permainan ini lagi.

          Taman permainan ini juga merupakan tempat perjumpaan tidak rasmi penduduk
setempat. Kesimpulannya, aktiviti sukan dan riadah di taman permainan ini mampu
sedikit sebanyak menjana semangat kejiranan, muhibah, dan setia kawan.

SEBELUM
Baca soalan
Fahami soalan
Pilih nombor soalan
Analisis soalan
Cari kunci soalan
Tentukan tajuk
Tulis tajuk cerita*
SEMASA
Rangka/peta minda
Cetusan idea
Menyusun idea
Membina perenggan
Intro mengancam*
Contoh universal*
Bahasa bombastik*
Ayat memukau*
Pendapat rasional*
SELEPAS
Menyunting isi/idea*
Semak tanda baca*
Menyemak ejaan*

.. MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)
1. Bapanya adalah guru besar di Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Teluk Intan. (salah)
Bapanya ialah guru besar di Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Teluk Intan. (betul)
{‘Ialah’ – Kata pemeri yang menghubungkan benda (subjek) dengan cerita (predikat) dalam ayat}
2. Keterangan yang diberi oleh saksi utama kes itu ialah rekaan semata-mata. (salah)
Keterangan yang diberi oleh saksi utama kes itu adalah rekaan semata-mata. (betul)
{“Adalah” – Kata pemeri yang menghuraikan lebih lanjut tentang benda (subjek) yang disebut sebelumnya}
..



KARANGAN MENYUDAHKAN CERITA (2)



Karangan Mengakhiri Cerita
“... Impian saya tercapai juga akhirnya. Saya muncul sebagai johan dalam pertandingan itu.”
Akhiri karangan kamu dengan “Saya muncul sebagai johan dalam pertandingan itu.”

�� ISI-ISI KARANGAN
�� dikejutkan oleh bunyi jam loceng – segera bangun, berjoging – memantapkan fizikal
�� perlu kerap berlatih – pertandingan semakin hampir – dorongan dan semangat ibu bapa
�� dilatih oleh Cikgu Roy – berlatih bersungguh-sungguh – tidak mahu kecundang/hampa
�� penantian sudah tiba – bersemangat dan penuh yakin – berhati-hati memulakan larian
�� acara dimulakan, tembakan ke udara – memulakan larian – berjaya menamatkan larian
�� perasaan sungguh gembira, impian tercapai – muncul sebagai johan pertandingan
* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

SAYA BERGELAR JUARA 

          Bunyi jam loceng mengejutkan saya pada pagi itu. Saya segera bangun kerana
ingin berjoging di padang bola yang berhampiran. Saya perlu memantapkan fizikal saya
untuk menghadapi kejohanan olahraga.

          Saya perlu berlatih dengan lebih kerap. Lebih-lebih lagi, hari kejohanan olahraga
peringkat daerah semakin hampir. Di samping itu, ibu bapa saya senantiasa memberi
dorongan dan semangat kepada saya.

         Pada setiap petang, Cikgu Roy akan melatih saya teknik dan cara berlari. Saya
berlatih bersungguh-sungguh tanpa berasa jemu. Tambahan pula, saya tidak mahu
menghampakan harapan ibu bapa dan guru-guru.

          Dalam pada itu, hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Saya bersemangat dan
yakin dengan persediaan yang dibuat. Namun demikian, saya perlu berhati-hati supaya
dapat memulakan larian dengan baik.

         Acara dimulakan, tembakan dilepaskan ke udara. Saya memulakan larian dengan
penuh semangat. Justeru, saya berjaya menamatkan larian 100 meter dengan baik.
Saya menggenggam kad yang diberi oleh hakim penamat.

         Selepas itu, saya merenung kad di genggaman. Perasaan saya berbaur antara
gembira dan terharu. Impian saya tercapai juga akhirnya. Saya muncul sebagai johan
dalam pertandingan itu.

SEBELUM
Baca soalan
Fahami soalan
Pilih nombor soalan
Analisis soalan
Cari kunci soalan
Tentukan tajuk
Tulis tajuk cerita*
SEMASA
Rangka/peta minda
Cetusan idea
Menyusun idea
Membina perenggan
Intro mengancam*
Contoh universal*
Bahasa bombastik*
Ayat memukau*
Pendapat rasional*
SELEPAS
Menyunting isi/idea*
Semak tanda baca*
Menyemak ejaan*

�� MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)

1. Mak Cik Mariam menghidangkan tetamunya sepinggan kuih seri muka. (salah)
Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya sepinggan kuih seri muka. (betul)
{Imbuhan apitan “meng ... i” - cerita (predikat) dalam ayat itu mesti merujuk kepada manusia sahaja}
2. Encik Razak menghadiahi cincin bertatahkan berlian kepada bakal isterinya. (salah)
Encik Razak menghadiahkan cincin bertatahkan berlian kepada bakal isterinya. (betul)
{Imbuhan apitan “meng ... kan” - cerita (predikat) dalam ayat itu mesti merujuk kepada benda atau binatang}



KARANGAN CEREKA



Gambaran atau Cereka
Pada hari minggu yang lalu, kamu berpeluang mengikut ibu kamu ke pasar tani. 
Gambarkan suasana di pasartani ketika itu.

.. ISI-ISI KARANGAN
.. dalam perjalanan ke pasar tani – pukul 8.15 pagi – kelihatan deretan payung besar
.. peniaga melayan pelanggan – menjual aneka jenis sayur, buah – berjenis-jenis daging
.. suasana agak bising – keadaan jual belinya meriah – diadakan pada setiap hari minggu
.. dibanjiri manusia – keadaan bersih dan selesa – sikap bertanggungjawab semua pihak
.. semakin banyak pengunjung – mendapatkan barangan segar – harga juga berpatutan
.. menjelang petang – para peniaga mula berkemas – aktiviti jual beli di pasar tani selesai
* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

SUATU PAGI DI PASAR TANI

          Saya dan ibu saya dalam perjalanan menuju ke Seksyen 18, Shah Alam. Ketika
itu, Juruhebah Stesen Radio Era mengumumkan waktu sudah menghampiri pukul 8.15
pagi. Dari jauh sudah kelihatan beberapa deret payung besar yang berwarna-warni.

          Apabila saya sampai di situ, kelihatan para peniaga sibuk melayan pelangganpelanggan
mereka. Ada yang menjual sayur-sayuran dan buah-buahan. Ada pula yang
menjual daging ayam, daging lembu, daging kambing, dan ikan air tawar.

          Suasana pada pagi itu agak bising. Suara para penjual dan para pembeli
kedengaran di sana sini. Hal ini menyebabkan keadaan di situ agak meriah. Tambahan
pula, pasar tani ini diadakan pada setiap hari minggu.

          Walaupun banyak orang di pasar tani, namun keadaannya bersih. Keadaan ini
memungkinkan pembeli dapat membeli-belah dengan selesa. Keadaan sedemikian
wujud kerana sikap bertanggungjawab semua pihak menjaga kebersihan.

          Masa berlalu, semakin banyak orang berkunjung ke sini untuk membeli barangbarang
keperluan harian. Hal ini demikian kerana sayur-sayuran dan daging yang dijual
di sini segar belaka. Harganya juga lebih murah dan berpatutan.

          Apabila hari semakin meninggi, orang ramai beransur-ansur kurang. Para
peniaga juga mula mengemas barang-barang mereka. Pada pukul dua petang,
selesailah urusan jual beli di pasar tani ini.

APA
Tajuk karangan*
Aktiviti/program
BILA
Diadakan/berlaku
Mula dan tamat
DI MANA
Diadakan/berlaku
Tumpuan/tarikan
BERAPA
Yang hadir/pembeli
Yang terlibat/penjual
SIAPA
Yang menganjurkan
Yang menjayakan
BAGAIMANA
Keadaan/perjalanan
Sambutan/perasaan

.. MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)

1. Berhati-hati memandu kenderaan di selekoh yang tajam dan merbahaya itu. (salah)
Berhati-hati memandu kenderaan di selekoh yang tajam dan berbahaya itu. (betul)
{Tidak ada imbuhan awalan ‘mer-‘ dalam tatabahasa Melayu, bukan merbahaya tetapi berbahaya}
2. Kejayaan gemilang dalam UPSR diperolehi Halimah kerana usaha gigihnya. (salah)
Kejayaan gemilang dalam UPSR diperoleh Halimah kerana usaha gigihnya. (betul)
{Apitan ‘diper ... i’ – hanya kepada empat perkataan; diperisteri, dipersuami, diperkawani dan diperingati}
{Awalan ‘diper-’ – ialah awalan yang membentuk kata kerja ayat pasif, selain empat perkataan di atas}



KARANGAN KEPERIHALAN



Keperihalan atau Situasi
Pada cuti persekolahan penggal yang lepas, kamu telah menyertai program gotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal kamu dan persekitarannya.
Ceritakan suasana semasa program gotong-royong itu berjalan.

.. ISI-ISI KARANGAN
.. aktiviti hari minggu – program gotong-royong – sempena sambutan bulan kemerdekaan
.. berkumpul di balai raya – membawa peralatan tertentu – menjayakan gotong-royong
.. diagihkan kepada kumpulan – memudahkan kerja – kawasan yang akan dibersihkan
.. kaum wanita turut membantu – menyediakan makan, minum – bekerja, bersatu hati
.. 11.30 pagi, kerja selesai – menikmati jamuan ringan – letih, menampakkan kemesraan
.. gotong-royong menjalin silaturahim – menerapkan nilai murni – semangat kejiranan
* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya
.
PROGRAM GOTONG-ROYONG DI KAMPUNGKU

         Pada hari minggu yang lalu saya, bapa saya, dan kira-kira lima puluh orang
penduduk kampung telah menyertai program gotong-royong. Gotong-royong ini
diadakan sempena sambutan bulan kemerdekaan Malaysia pada tahun ini.

          Tepat pada pukul lapan pagi, penduduk kampung sudah berkumpul di luar balai
raya. Mereka membawa bersama-sama peralatan yang sesuai untuk menjayakan
aktiviti gotong-royong. Ada yang membawa cangkul, sabit, parang, dan pongkes.

         Kami diagih-agihkan kepada beberapa kumpulan kecil. Tujuannya adalah untuk
memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan dengan lebih teratur. Antara kawasan
yang dibersihkan termasuklah taman permainan, surau, parit, dan balai raya.

          Pada masa yang sama, kaum wanita sibuk menyediakan makanan dan minuman
di perkarangan balai raya. Pelbagai jenis juadah disediakan oleh mereka. Mereka
kelihatan bersatu hati menjayakan program gotong-royong ini.

          Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua kerja pembersihan telah pun selesai. Petugaspetugas
telah berkumpul semula di balai raya untuk menjamu selera. Walaupun
kelihatan letih, namun mereka menunjukkan kemesraan.

         Saya berpendapat, kerja yang dijalankan secara gotong-royong mampu menjalin
ikatan silaturahim penduduk setempat. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni dapat
dipraktikkan. Malahan, semangat kejiranan juga dapat diperkasakan.

APA
Tajuk karangan*
Aktiviti/program
BILA
Diadakan/berlaku
Mula dan tamat
DI MANA
Diadakan/berlaku
Tumpuan aktiviti
BERAPA
Yang terlibat, lelaki
Yang terlibat, wanita
SIAPA
Yang menganjurkan
Yang menjayakan
BAGAIMANA
Keadaan/perjalanan
Sambutan/perasaan

.. MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)

1. Setengah murid tidak tahu membahagi-bahagikan masa dengan baik. (salah)
Sesetengah murid tidak tahu membahagi-bahagikan masa dengan baik. (betul)
{Setengah membawa maksud satu perdua, sesetengah pula membawa maksud sebahagian daripada}
2. Halim menunggu kawannya di Stesen Bas Banting selama dua setengah jam. (salah)
Halim menunggu kawannya di Stesen Bas Banting selama dua jam setengah. (betul)
{Dua setengah jam merujuk kepada bilangan jam, dua jam setengah merujuk kepada waktu, 2 jam 30 minit}



KARANGAN FAKTA



Karangan Jenis Fakta
Tulis suatu karangan yang bertajuk “Pusat Sumber Gedung Ilmu”.

.. ISI-ISI KARANGAN
.. pusat sumber sekolah – melicinkan proses pengajaran – terkumpul bahan pengajaran
.. pelbagai maklumat diperoleh – meminjam buku-buku – tempat sesuai, mengulangkaji
.. ruang perbincangan – berbincang, perkongsian minda pintar – melatih berkomunikasi
.. perkhdimatan audio visual – dimanfaatkan semasa pengajaran – minat meneroka ilmu
.. tempat rujukan – guru-guru mendapatkan bahan – contohnya; carta, kad imbasan, video
.. gedung/khazanah ilmu – ejen pencetus minda gemilang – sebagai sahabat setia anda
* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

PERANAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 

          Pusat sumber terdapat di semua sekolah. Peranan pusat sumber amat besar
dalam membantu melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam pusat
sumber terkumpul pelbagai jenis bahan bacaan seperti novel, fiksyen, dan sejarah.

          Pelbagai maklumat boleh diperoleh di pusat sumber. Murid-murid juga boleh
meminjam buku-buku tertentu sebagai rujukan tambahan. Mengulangkaji pelajaran
lebih selesa di pusat sumber kerana bahan rujukan ada di sekeliling kita.

          Pusat sumber ada menyediakan ruang untuk perbincangan. Perbincangan adalah
satu daripada perkongsian pintar maklumat yang berkesan. Semasa perbincangan juga
murid-murid diasuh berkomunikasi lisan secara ilmiah.

         Selain daripada itu, pusat sumber juga menyediakan perkhidmatan audio visual.
Alat bantu ini boleh dimanfaatkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Peralatan
yang canggih dapat membantu menarik minat murid-murid untuk meneroka ilmu.

         Guru-guru pula boleh menggunakan pusat sumber sebagai tempat rujukan bagi
mendapatkan bahan pengajaran yang terkini. Alat bantu mengajar seperti carta, kad
imbasan, video, dan slaid disimpan di pusat sumber.

          Pusat sumber merupakan sebuah gedung yang sarat dengan khazanah ilmu
yang perlu didampingi. Manfaatkanlah pusat sumber sebagai ejen pencetus minda
gemilang. Jadikanlah pusat sumber sebagai sahabat setia anda.

BACA
Analisis soalan
Tulis tajuk cerita*
PILIH
Topik atau format
Pengalaman & idea
SUSUN
Kerangka dan isi
Skrip/cetusan idea
FIKIR
Peranan universal
Skop/sumbangan
OLAH
Kemas dan kreatif*
Bahasa bombastik*
SEMAK
Tajuk/Tatabahasa*
Tanda baca/ejaan*

.. MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)

1. Satu rampasan mercun terbesar telah dilakukan oleh pasukan kastam pagi tadi. (salah)
Satu rampasan terbesar mercun telah dilakukan oleh pasukan kastam pagi tadi. (betul)
{Mercun terbesar merujuk kepada mercun yang besar, rampasan terbesar merujuk kepada banyak rampasan}
2. Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini dikepilkan salinan sijil kelahiran. (salah)
Merujuk perkara di atas, bersama-sama ini dikepilkan salinan sijil kelahiran. (betul)
{Perkataan ‘merujuk’ dalam ayat membawa maksud kepada secara tersirat, tidak perlu merujuk kepada}
..



KARANGAN FAKTA (2)



Karangan Jenis Fakta
Berkebun merupakan aktiviti yang berfaedah. Tuliskan faedah-faedah berkebun.

�� ISI-ISI KARANGAN
�� aktiviti waktu lapang – satu daripadanya berkebun – berkebun bunga, sayur-sayuran
�� mendatangkan banyak faedah – menyihatkan badan – berpeluh, baik untuk kesihatan
�� berkebun, aktiviti berfaedah – terhindar daripada aktiviti negatif – tidak membuang masa
�� pengetahuan, pengalaman bertambah – tahu teknik pertanian – menyemai, membaja
�� berkebun mendatangkan banyak kebaikan – cara mengisi masa lapang yang berfaedah
�� menambah pendapatan – hasil boleh dijual – pendapatan boleh dibelanja, disimpan
* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

BERKEBUN, MENGISI MASA TERLUANG

           Banyak aktiviti yang boleh dilakukan pada waktu lapang. Satu daripadanya ialah
berkebun. Berkebun pula boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya ialah
berkebun bunga atau berkebun sayur-sayuran.

          Berkebun boleh mendatangkan banyak faedah kepada kita. Berkebun juga boleh
menyihatkan badan. Semasa menjalankan aktiviti berkebun, badan kita akan berpeluh
dan ini baik untuk kesihatan.

          Di samping itu, berkebun dapat menghindarkan kita daripada melakukan perkara
yang tidak berfaedah. Kita terhindar daripada aktiviti melepak dan aktiviti yang negatif.
Masa senggang kita tidak terbuang begitu sahaja.

          Pengetahuan dan pengalaman kita akan bertambah dengan berkebun. Kita dapat
mengetahui pelbagai teknik dalam bidang pertanian. Ini boleh diperoleh melalui kerjakerja
membuat batas, menabur baja, dan menanam anak benih.

         Sebagai kesimpulan, berkebun memang mendatangkan banyak kebaikan kepada
kita. Oleh itu, jadikanlah aktiviti berkebun sebagai salah satu cara mengisi masa lapang
dengan berfaedah.

          Selain itu, berkebun juga boleh menambah ekonomi kita. Apabila tanaman kita
mengeluarkan hasil yang banyak, kita boleh menjualnya. Hasil jualan boleh digunakan
untuk menampung perbelanjaan harian atau disimpan.

BACA
Analisis soalan
Tulis tajuk cerita*
PILIH
Topik atau format
Pengalaman & idea
SUSUN
Kerangka dan isi
Skrip/cetusan idea
FIKIR
Peranan universal
Skop/sumbangan
OLAH
Kemas dan kreatif*
Bahasa bombastik*
SEMAK
Tajuk/Tatabahasa*
Tanda baca/ejaan*

�� BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)

1. Encik Amiruddin menunggu anaknya di stesen bas sejak dari pukul 10.00 pagi. (salah)
Encik Amiruddin menunggu anaknya di stesen bas sejak pukul 10.00 pagi. (betul)
{Gugurkan perkataan ‘dari’ kerana kedua-duanya ‘sejak’ dan ‘dari’ adalah kata sendi yang sama maksud}
2. “Semenjak dari hari itu, dia tidak pernah lagi datang ke sini,” kata Haikal kepada Alif. (salah)
“Semenjak hari itu, dia tidak pernah lagi datang ke sini,” kata Haikal kepada Alif. (betul)
{Gugurkan perkataan ‘dari’ kerana perkataan ‘semenjak’ dan ‘dari’ adalah kata sendi yang sama maksud}



KARANGAN PERBINCANGAN 


Karangan Jenis Perbincangan

Pusat permainan video yang banyak terdapat hari ini ada kebaikannya dan ada pulakeburukannya.Perkara ini jelas dan mampu mempengaruhi budaya hidup para remaja.
Nyatakan pendapat dan pandangan kamu tentang perkara ini.

.. ISI-ISI KARANGAN
.. permainan video, digemari remaja – tidak berfaedah – hiburan semata-mata, melekakan
.. bermain video, merugikan masa – leka dan mengasyikkan – banyak masa terbuang
.. mendorong ponteng sekolah – berpakaian biasa – penglibatan, sukar dikesan polis
.. banyak wang dihabiskan – sanggup menipu ibu bapa – wang digunakan, bermain video
.. pergaulan tidak terkawal – kegiatan tidak bermoral – melepak, merokok, berpeleseran
.. terbukti perminan video banyak keburukan – remaja harus pintar membuat keputusan
* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

KEBURUKAN PERMAINAN VIDEO KEPADA PARA REMAJA

           Permainan video amat digemari oleh golongan remaja hari ini. Namun begitu,
permainan ini sebenarnya tidak berfaedah kepada perkembangan minda. Permainan ini
hanya bercorak hiburan semata-mata dan melekakan kita.

          Aktiviti bermain video ini merugikan masa. Hal ini demikian kerana kegiatan ini
menjadikan remaja itu terlalu asyik dan leka. Secara tidak langsung, banyak masa yang
dihabiskan untuk bermain video.

          Keasyikan ini mendorong para remaja untuk ponteng sekolah. Mereka berpakaian
biasa ketika mengunjungi tempat-tempat ini. Oleh sebab itu, perbuatan mereka sukar
dikesan oleh pihak poilis atau oleh pihak yang berwajib.

          Selain itu, banyak wang dihabiskan untuk tujuan tersebut. Malahan, ada remaja
yang sanggup menipu ibu bapa untuk mendapatkan wang belanja yang lebih. Namun
demikian, wang tersebut digunakan untuk bermain video.

        Di samping itu, kegiatan ini mendorong kepada pergaulan yang tidak terkawal di
kalangan remaja. Sebagai akibatnya, ada yang terlibat dalam gejala yang tidak sihat
dan tidak bermoral seperti melepak, merokok, berpeleseran, dan sebagainya.

        Berdasarkan faktor-faktor di atas, jelas dan terbukti bahawa permainan video
banyak mendatangkan keburukan kepada para remaja. Remaja masa kini harus pintar
dalam membuat keputusan.

SEBELUM
Baca soalan
Fahami soalan
Cari kunci soalan
Pro atau kontra*
Tajuk, kontra*
Tulis tajuk cerita*
SEMASA
Rangka/peta minda
Cetus & susun idea
Membina perenggan
Intro mengancam*
Kenal tajuk, kontra*
Hurai tajuk, bernas*
Contoh universal*
Bahasa bombastik*
Ayat memukau*
Pengajaran rasional
SELEPAS
Menyunting isi/idea*
Semak tanda baca*
Menyemak ejaan*

.. MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)

1. Para pekerja sedang memperlebarkan jalan utama menuju ke Kuala Selangor. (salah)
Para pekerja sedang memperlebar jalan utama menuju ke Kuala Selangor. (betul)
{Apitan “memper ... kan” menerima kata nama dan kata kerja, awalan “memper-“ menerima kata adjektif}
2. Datin Suraya memperluaskan perniagaannya ke Sabah dan Sarawak. (salah)
Datin Suraya memperluas perniagaannya ke Sabah dan Sarawak. (betul)
{Apitan “memper ... kan” menerima kata nama dan kata kerja, awalan “memper-“ menerima kata adjektif}



KARANGAN PERIBAHASA


Karangan Jenis Peribahasa
Tuliskan suatu karangan berdasarkan peribahasa 
“Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna”.

�� ISI-ISI KARANGAN
�� peribahasa, bahasa indah – menyuntik nasihat, sindiran – membawa unsur pengajaran
�� peribahasa dicipta, maksudnya – keterangan tentang peribahasa – huraian peribahasa
�� contoh, orang yang malas – main, menonton televisyen – tidak boleh menjawab soalan
�� gagal dalam peperiksaan – berasa malu pada kawan-kawan – sesalan tiada gunanya
�� benarlah kata peribahasa – berhati-hati melakukan sesuatu – terlanjur membawa padah
�� kesimpulan, maksud peribahasa tepat – orang-orang tua bijak membuat perbandingan
* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

PENYESALAN SUDAH TIDAK BERERTI LAGI 

          Peribahasa ialah satu rangkai kata yang mempunyai bahasa yang indah dan
menarik. Peribahasa dihasilkan bertujuan untuk menyuntik nasihat, membimbing, dan
menyindir. Peribahasa juga membawa unsur-unsur pengajaran atau didaktik.

          Antara beribu-ribu peribahasa yang dicipta ialah “sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna”. Peribahasa ini membawa maksud jika kita ingin melakukan
sesuatu, kita hendaklah berfikir terlebih dahulu tentang baik dan buruknya supaya kita
tidak menyesal jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini pada hari kemudian.

          Sebagai contoh, Ali sangat malas belajar, semua kerja sekolahnya tidak selesai.
Setiap hari, dia bermain permainan video dan menonton cerita kartun. Semasa ujian,
dia tidak dapat menjawab soalan. Dia tidak mengetahui jawapan yang tepat.

          Ali gagal dalam peperiksaan. Dia berasa malu pada kawan-kawannya. Dia
menyesal kerana tidak mendengar nasihat guru dan ibu bapanya. Namun, segalanya
telah terjadi, nasi sudah menjadi bubur. Ali tidak boleh berbuat apa-apa lagi.

         Benarlah kata peribahasa Melayu “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tidak berguna”. Kita mesti berhati-hati dan berfikir terlebih dahulu sebelum membuat
sesuatu. Terlajak perahu boleh diundur, terlanjur perbuatan buruk padahnya.

         Kesimpulannya, peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna” mengingatkan kita bahawa sememangnya orang-orang tua dahulu bijak
membandingkan sesuatu yang ada di alam fana ini dengan diri manusia.

SITUASI
Kenal peribahasa
Hurai peribahasa
Tujuan atau hasrat
Pilih tajuk sesuai
Tulis tajuk cerita*
TINDAKAN
Situasi semasa
Contoh/panduan
Positif atau negatif*
Negatif, pengajaran*
Bentuk satu cerita
Kaitan, kehidupan
Intro mengancam*
Contoh universal*
Bahasa bombastik*
Ayat memukau*
KESAN & SEMAK
Gagal dan menyesal
Pengajaran, rasional
Menyunting isi/idea*
Semak tanda baca*
Menyemak ejaan*

�� MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)

1. Siapakah yang suka membuang sampah sarap di kawasan ini. (salah)
Siapatah yang suka membuang sampah sarap di kawasan ini. (betul)
{Kata penegas (partikel) -tah digunakan untuk menegaskan ayat penyata dan menyatakan situasi tidak sabar}
{Kata penegas (partikel) -kah, -lah, dan -tah digunakan untuk menegaskan frasa predikat (cerita) sahaja}
2. Bilatah agaknya pemuda itu akan melangsaikan hutang-hutangnya? (salah)
Bilakah agaknya pemuda itu akan melangsaikan hutang-hutangnya? (betul)
{Kata penegas (partikel) -kah digunakan untuk menegaskan ayat tanya dan menegaskan ayat seruan}
{Kata penegas (partikel) -kah, -lah, dan -tah digunakan untuk menegaskan frasa predikat (cerita) sahaja}



KARANGAN SURAT TIDAK RASMI



Surat Kiriman Tidak Rasmi

Andaikan bahawa rakan kamu memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang cerita kanak-kanak di peringkat kebangsaan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini.
Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu itu untuk menyampaikan ucapan tahniah kepadanya.

�� ISI-ISI KARANGAN
�� Format Surat Kiriman Tidak Rasmi – alamat lengkap pengirim, tarikh, dan tandatangan
�� pembuka kata, kata alu-aluan – mendoakan kesejahteraan kawan, cerita diri sendiri
�� kejayaan, ucapan tahniah – johan peraduan mengarang – terbaca dalam surat khabar
�� menjangka kemenangan – membaca esei, majalah Kuntum – unsur humor, saspens
�� kagum dengan hasil penulisan cerita – bergenang air mata, watak sedih, menyayat hati
�� mendoakan kejayaan – terus bergiat dalam penulisan – penutup surat, berkirim salam
* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

MENULIS SURAT, MENYAMPAIKAN UCAPAN TAHNIAH KEPADA SAHABAT 


                                                                                                                        No. 5, Jalan Budi 1,
                                                                                                                        25/21A, Taman Sri Muda,
                                                                                                                        46000 Shah Alam,
                                                                                                                        Selangor Darul Ehsan.
                                                                                                                        18 Mei 2010.

          Menemui sahabatku Alia Farhana yang diingati selalu, semoga saudari berada
dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga saya di sini sihat wal afiat.

Saudari,
          Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan cemerlang
saudari memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang cerita kanakkanak
peringkat kebangsaan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Saya
mengetahui berita ini melalui akhbar Berita Harian.

          Sebenarnya, kemenangan saudari sudah saya jangkakan. Saya sudah membaca
esei saudari dalam majalah Kuntum. Esei itu sungguh menarik dan jalan ceritanya juga
ada diselitkan babak humor dan saspens.

         Sesungguhnya, saya kagum akan hasil penulisan saudari yang bertajuk “Tekal
Menempuh Hidup”. Bergenang air mata saya tatkala melalui babak-babak yang sedih
dan menyayat hati.

          Saya senantiasa mendoakan agar saudari terus bergiat dalam bidang penulisan
ini. Saya berazam untuk mencontohi kejayaan saudari suatu hari nanti.


Sekian sahaja buat kali ini. Sampaikan salam saya kepada keluarga saudari.

                                                                                                                                         Yang ikhlas,
                                                                                                                                      Nurliyana Husna


SITUASI
Tentukan format*
Cari kata kunci
Tulis tajuk surat*
TINDAKAN
Format tepat/betul*
Menulis/Menjawab*
Tulis kepada siapa*
Kata alu-aluan
Doa dan harapan
Tujuan surat ditulis
Gambaran isi surat
Bahasa protokol*
Ayat yang reseptif*
KESAN & SEMAK
Ucap terima kasih
Sampaikan salam
Menyunting isi/idea*
Semak tanda baca*
Menyemak ejaan*



SURAT KIRIMAN RASMI



Surat Kiriman Rasmi
Kelas kamu menghadapi masalah kerosakan lampu dan kipas angin. Selaku ketua kelas, kamu dikehendaki menulis surat kepada guru besar untuk memberitahu masalah tersebut.

.. ISI-ISI KARANGAN
.. Format SKR – alamat pengirim dan penerima, tarikh, tandatangan, nama, dan jawatan
.. kata panggilan rasmi – perkara, tajuk surat – tujuan, isi surat, ditulis ringkas dan tepat
.. mewakili kelas Enam Kejora, mengemukakan aduan – kerosakan lampu, kipas angin
.. lampu rosak, sukar belajar – kipas angin tidak berfungsi – tumpuan belajar terganggu
.. mengharapkan tindakan sewajarnya – kesulitan akan berakhir – ucapan terima kasih
* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

SURAT ADUAN KEROSAKAN LAMPU DAN KIPAS ANGIN 

Ketua kelas.
Tahun Enam Kejora,
Sekolah Kebangsaan Sungai Tungku.

Guru besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Tungku,
36000 Teluk Intan,
Perak Darul Ridzuan.                                                                                                      23 Februari 2004.


Tuan,

ADUAN KEROSAKAN LAMPU DAN KIPAS


Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

2. Saya mewakili murid-murid Tahun Enam Kejora ingin mengemukakan satu aduan.
Aduan saya ialah tentang kerosakan lampu dan kipas angin di kelas kami.

3. Untuk pengatahuan tuan, kerosakan ini berlaku sejak awal tahun. Perkara ini juga
telah menimbulkan suasana kelas yang kurang selesa.

4. Lampu yang rosak menyukarkan kami belajar ketika cuaca mendung. Kipas angin
yang tidak berfungsi pula menyebabkan keadaan kelas yang kurang selesa. Tambahan
pula, perkara ini akan mengganggu tumpuan kami semasa belajar.

5. Harapan saya agak pihak sekolah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Semoga kesulitan yang kami alami, akan segera berakhir.Kerjasama dan perhatian pihak tuan, didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Saya yang benar,
Rizalman
(RIZALMAN BIN KHUSAIRI)
Ketua kelas,
Tahun Enam Kejora.



SITUASI
Baca soalan
Tentukan format*
Cari kata kunci
Tulis tajuk surat*
TINDAKAN
Format tepat/betul*
Menulis/Menjawab*
Tulis kepada siapa*
Apakah tujuan
Tulis tujuan surat*
Kata alu-aluan
Nyatakan tujuannya
Aduan/Laporan*
Gambaran isi surat
Bahasa protokol*
Ayat yang reseptif*
KESAN & SEMAK
Harapan penulis
Ucapan terima kasih
Menyunting isi/idea*
Semak tanda baca*
Menyemak ejaan*



KARANGAN LAPORAN

Karangan Jenis Laporan
Kamu telah terpilih untuk menyertai satu perkhemahan unit beruniform anjuran sekolah kamu. Tuliskan laporan tentang perkhemahan yang kamu sertai itu.

�� ISI-ISI KARANGAN
�� Format Laporan – tajuk laporan, tandatangan, nama, tarikh, jawatan, nama persatuan
�� Jumaat, 28 Mei 2004 – 40 anggota pengakap, 6 orang guru – perkhemahan pengakap
�� penerangan ringkas ketua patrol – mendirikan khemah – menyediakan alatan memasak
�� makan, 12.30 tengah hari – rehat selama dua jam – mencuci pakaian dan mandi-manda
�� malam, motivasi minda – penceramah, tuan imam – tajuk, Sihat Jasmani, Ceria Rohani
�� Ahad, 30 Jun 2004, perkhemahan berakhir – mengemas barang, alat-alat perkhemahan
* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.


LAPORAN PERKHEMAHAN PENGAKAP
SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ YAHYA SUBBAN

          Pada hari Jumaat, 28 Mei 2004 yang lalu, seramai 40 orang anggota pengakap
dan enam orang guru dari Sekolah Kebangsaan Dato’ Yahya Subban, Chenderong
Balai telah mengadakan perkhemahan pengakap di Teluk Batik, Lumut, Perak.

          Di lokasi perkhemahan, ketua patrol memberi penerangan dan arahan ringkas
tentang tugasan setiap anggota pengakap. Tanpa membuang masa, kami mendirikan
khemah. Di samping itu, ada yang menyediakan peralatan untuk memasak.

          Waktu makan tengah hari telah ditetapkan pada pukul 12.30 tengah hari. Kami
juga diberi masa untuk riadah dan berehat selama dua jam. Waktu ini kami gunakan
untuk mencuci pakaian dan mandi-manda di tepi pantai Teluk Batik.

          Pada sebelah malamnya, selepas solat Isyak, majlis ceramah diadakan. Ceramah
disampaikan oleh Imam Masjid Manjong. Ceramahnya bertajuk “Sihat Jasmani, Ceria
Rohani”. Ceramah ini tamat pada pukul 11.30 malam.

          Ahad, 30 Jun 2004, berakhirlah perkhemahan kami. Pada pukul 2.30 petang, kami
diarahkan supaya mengemas barang dan alat-alat perkhemahan.

Laporan disediakan oleh,                                                                                       10 Jun 2004.
Shafiq Nabil
(SHAFIQ NABIL BIN MOHD ROSLI)
Setiausaha Pertubuhan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Dato’ Yahya Subban.

APA
Tajuk laporan*
BILA
Masa berlaku
Masa berakhir
BERAPA
Peserta yang terlibat
DI MANA
Tempat aktiviti
MENGAPA
Aktiviti dianjurkan
BAGAIMANA
Perjalanan aktiviti
Sambutan/suasana

�� MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)

1. Komputer “note-book” itu tersimpan dalam almari besi di bilik guru besar. (salah)
Komputer “note-book” itu tersimpan di dalam almari besi di bilik guru besar. (betul)
{Dalam merujuk perkara yang tidak nyata/abstrek, di dalam merujuk sesuatu yang mengisi ruang/tempat}

KARANGAN BERITA

Karangan Jenis Berita
Kamu telah menyaksikan suatu pameran buku di tempat tinggal kamu. Sebagai wartawan majalah sekolah, kamu ditugaskan menulis satu berita tentang pameran buku tersebut.

.. ISI-ISI KARANGAN
.. Format Berita – tempat, tarikh, dan tajuk berita mesti dinyatakan dengan tepat dan jelas
.. banyak syarikat terlibat – pameran selama seminggu – pelbagai jenis buku dipamerkan
.. tujuan pameran, memupuk minat membaca – merealisasikan Progam NILAM di sekolah
.. pertandingan bercerita dan melukis – terbahagi dua kategori – tahap satu, tahap dua
.. bahan keperluan disediakan – hadiah : wang tunai, alat tulis – sumbangan syarikat buku
.. potongan harga istimewa – suasana meriah – mendapat sambutan yang menggalakkan
* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

BERITA TENTANG PAMERAN BUKU 

KOTA BHARU, 14 Oktober – Suatu pameran buku telah diadakan pada 31 Mei 2004
bertempat di Dewan Utama, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan di Pengkalan
Chepa. Pameran ini telah dirasmikan oleh Datin Doktor Nor Hayati binti Abd. Rashid,
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

          Banyak syarikat dan kedai buku menyertai pameran ini. Pameran yang diadakan
selama seminggu ini dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.
Pelbagai jenis bahan bacaan dipamerkan, antaranya ialah buku cerita, novel, buku
rujukan, dan majalah.

          Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk menggalakkan dan memupuk minat
membaca di kalangan murid dan orang ramai. Selain itu, pameran itu juga merupakan
satu daripada langkah untuk menyahut dan merealisasikan Program NILAM di sekolah.
Sempena pameran buku ini, pertandingan bercerita dan melukis turut diadakan.

           Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori. Satu kategori untuk murid-murid
tahap satu manakala satu kategori lagi dikhaskan kepada murid-murid tahap dua.
Bahan bacaan, buku cerita, dan alat tulis untuk melukis disediakan bagi keduadua
kategori pertandingan. Para pemenang akan menerima hadiah berupa wang tunai,
buku cerita dan alat tulis. Hadiah disumbangkan oleh syarikat-syarikat buku terkemuka.

           Sempena pameran ini juga, pembeli diberi potongan harga istimewa sehingga
50%. Suasana pameran sungguh meriah dan keadaannya riuh-rendah. Pameran buku
yang diadakan juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang
ramai. Semua pihak berpuas hati dengan kejayaan pameran kali ini.

APA
Tajuk berita*
BILA
Diadakan, berlaku
SIAPA
Yang menganjurkan
BERAPA
Lama diadakan
DI MANA
Tempat diadakan
MENGAPA
Aktiviti dibuat, tujuan
BAGAIMANA
Perjalanan aktiviti
Sambutan/Kejayaan

.. MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)


1. Emak mengkhaskan lauk untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah. (salah)
Emak mengekhaskan lauk untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah. (betul)
{Perkataan yang terbentuk hanya daripada satu suku kata mesti menerima imbuhan awalan menge-}
2. Pekerja hotel itu sedang menglap lantai mozek di dewan utama hotel tersebut. (salah)
Pekerja hotel itu sedang mengelap lantai mozek di dewan utama hotel tersebut. (betul)
{Perkataan yang terbentuk hanya daripada satu suku kata mesti menerima imbuhan awalan menge-}



KARANGAN CATATAN

Karangan Jenis Catatan
Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulislah catatan lengkap tentang aktiviti sambutan Hari Guru yang dijalankan pada hari tersebut.

.. ISI-ISI KARANGAN
.. Format Catatan – hari, tarikh, masa, dan rakaman peristiwa – dinyatakan dengan jelas
.. 8.00 pagi, ucapan guru besar – membaca dua perutusan khas – perutusan Hari Guru
.. 8.45 pagi, sukaneka – tiup belon, lari bawa lilin, lari dalam guni – perlawanan bola jaring
.. 9.45 pagi, persembahan Hari Guru – persembahan nasyid – pementasan drama khas
.. 11.00 pagi, rehat, jamuan – pelbagai jenis kuih dihidangkan – sungguh menyelerakan
.. 11.45 pagi, penyampaian hadiah sukaneka – Yang Dipertua PIBG, sampaikan hadiah
* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

CATATAN TENTANG SAMBUTAN HARI GURU 

JUMAAT, 17 MEI 2004

7.45 pagi
Semua warga sekolah berkumpul di dataran kejat bagi meraikan sambutan Hari Guru
2003. Semuanya kelihatan ceria. Cuaca juga cerah pada hari itu.

8.00 pagi
Acara dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar. Diikuti Cikgu Azman membaca
perutusan Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Selepas itu, Cikgu Lim pula membaca
perutusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

8.45 pagi
Sukaneka dimulakan dengan acara meniup belon. Seterusnya acara lari bawa lilin dan
lari dalam guni. Perlawanan bola jaring juga diadakan antara murid dan guru.

9.45 pagi
Persembahan sambutan Hari Guru dimulakan. Antara persembahannya ialah muridmurid
tahun tiga menyanyikan dua buah lagu nasyid. Murid-murid tahun enam pula
mempersembahkan drama yang berjudul “Guru Agung”.

11.00 pagi
Majlis berhenti rehat, kami menikmati jamuan yang disediakan. Kami makan bersamasama
guru, kaki tangan sekolah dan anggota PIBG yang hadir. Pelbagai jenis kuih turut
dihidangkan. Semua hidangan yang tersedia membuka selera kami.

11.45 pagi
Upacara penyampaian hadiah acara sukaneka mengakhiri sambutan Hari Guru pada
tahun ini. Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Adnan bin Haji Abu.

APA
Tajuk catatan*
BILA
Diadakan, tarikh
Berlaku, masa
DI MANA
Tempat diadakan
SIAPA
Terlibat dan diraikan
KENAPA
Perlunya disambut
MENGAPA
Aktiviti dibuat, tujuan
BAGAIMANA
Perjalanan aktiviti
Sambutan, suasana

.. MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)

1. Di zaman ini, kereta sudah menjadi satu daripada keperluan harian manusia. (salah)
Pada zaman ini, kereta sudah menjadi satu daripada keperluan harian manusia. (betul)
{Di untuk menyatakan tempat sahaja} manakala {Pada untuk menyatakan waktu atau masa}
{Pada untuk merujuk manusia dan haiwan apabila didahului perkataan “ada” - Radio itu ada pada Rahim}
{Pada untuk menunjukkan tempat bagi perbutan sesuatu kata kerja – Gantungkan jam itu pada dinding}
{Pada digunakan dalam bentuk ungkapan seperti pada saya, pada pendapatnya, dan pada pandangan saya}