TATABAHASA





KATA GANTI DIRI PERTAMA



1.  Kata ganti diri pertama terbahagi kepada bentuk tunggal dan bentuk jamak.

2.  Kata ganti diri pertama bentuk tunggal ialah kata yang merujuk kepada diri sendiri.  Contohnya:-

aku:  digunakan apabila bercakap dengan kawan rapat atau kepada Tuhan.

beta: digunakan oleh raja, sultan, atau kerabat diraja apabila bercakap dengan rakyat.

hamba: digunakan pada zaman dahulu oleh orang kebanyakan apabila bercakap dengan orang yang baru dikenal atau orang lain pada umumnya.

patik: digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja, sultan atau kerabat diraja.

saya: digunakan apabila bercakap dengan orang yang baru dikenal atau orang lain pada umumnya.

3.  Manakala kata ganti diri pertama bentuk jamak seperti berikut:-

kami: digunakan sebagai ganti diri orang yang berkata serta teman atau teman-temannya apabila bercakap dengan diri orang kedua.

kita: digunakan sebagai ganti diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua yang menjadi teman bercakap.

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat berikut dengan kata yang sesuai.


(aku, saya, kami, patik, kita, hamba, beta)

1. ________________sedih kerana keadaan ibu belum pulih walaupun sudah menerima rawatan.

2.  "Singgahlah ke rumah ____________apabila ke Kuala Trengganu nanti," kata Rosni kepada Suzana.

3.  "Tuanku, _________akan menyiasat aduan saudagar-saudagar dari negeri China itu dengan segera,"
    sembah Bendahara Tun Perak.

4. "_____________sedang membuat persediaan rapi untuk beraksi dalam kejohanan hoki bulan depan,
    "jelas Azizi kepada Cikgu Bakri.

5."___________berharap agar rakyat jelata dapat memanfaatkan pembinaan lebuh raya baru ini untuk
    kemudahan mereka,"titah Sultan Ahmad Syah.

6.  "Sebagai murid, _______________bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah,"kata pengawas itu.

7.  "___________________berharap agar engkau sudi memaafkanku,"kata Nasir kepada Razak.

8.  "Mahukah kamu mengikut _______________ke pesta buku di Pusat Dagangan Dunia Putra?" tanya
     Ramu dan Syahid kepada Lee Beng.



KATA GANTI DIRI KEDUA



1.  Kata ganti diri kedua digunakan untuk merujuk kepada diri orang yang bercakap dengan kita.

2.  Kata ganti diri kedua terbahagi kepada dua bentuk iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak.

3.  Contoh-contoh bentuk tunggal adalah seperti berikut:

anda:  digunakan untuk merujuk kepada diri orang kedua apabila kita tidak berhadapan muka dengan dia

awak/kamu: digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita, misalnya kawan dan adik.

engkau: digunakan untuk merujuk kepada diri orang yang amat mesra dengan kita dan dengan Tuhan.

tuanku: digunakan ketika bercakap dengan sultan, raja atau kerabat diraja

4.  Kata ganti diri kedua bentuk jamak adalah seperti berikut:


kalian: digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.

Garisi kata ganti diri kedua dalam ayat-ayat yang berikut:-

1.  "Mengapakah awak tidak datang ke majlis perkahwinan kakak Rafidah semalam?" Tuty bertanya kepada Sarah.

2.  "Anda hendaklah mengirimkan jawapan lengkap beserta dengan slogan ke alamat yang saya bacakan tadi," maklum juruhebah itu.

3.  Ya Allah, Engkau lindungilah anakku yang berada di rantau orang itu," Mak Cik Timah berdoa.

4.  "Usaha kalian membantu mangsa-mangsa banjir itu amat kami hargai," kata Tuk Penghulu Jenal kepada para sukarelawan.

5.  "Patik mohon kebenaran tuanku untuk segera berangkat ke Majapahit," sembah Laksamana HangTuah.



KATA NAMA KHAS 

1. Kata nama khas merujuk kepada sesuatu benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa secara  
    khusus.

2. Benda yang bernyawa ialah sesuatu seperti manusia dan binatang.  Misalnya; Shafiq, Chong,
    Rama(manusia) dan Jalak(ayam), Comel (kucing) dan Johny(anjing).

3.  Benda yang tidak bernyawa ialah sesuatu seperti bangunan, negeri, judul buku dan sebagainya.
      Misalnya: Puteri Damia(novel), Dewan Masyarakat (majalah), Perdana Utama(buku), Daya Bumi
      (bangunan), Kota Kinabalu(tempat).

4.  Kata nama khas ditulis dengan huruf besar di pangkalnya


Isi tempat kosong dengan kata nama khas yang bersesuaian.

1.  Menara yang tertinggi di Malaysia ialah _______________________________________.

2.  _________________________yang keenam ialah Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak.

3.  Peristiwa penting yang disambut pada setiap 31 Ogos ialah________________________.

4.  Pusat pentadbiran kerajaan pusat yang baru terletak di _________________________.

5.  Ujian penting yang akan diduduki oleh murid-murid Tahun Enam ialah_____________________.

6.  Negeri yang paling luas di Malaysia ialah ____________________________.

7.  Guru besar sekolah saya bernama ____________________________.

8.  Gunung yang tertinggi di Malaysia ialah ________________________.



KATA NAMA AM 

1.Kata yang digunakan untuk menyebut sesuatu benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa secara     umum ialah kata nama am.

2.Kata nama boleh jadi nama untuk :

   (a) sesuatu benda yang bernyawa seperti manusia,binatang dan yang hidup seperti tumbuh-     tumbuhan.Misalnya:

    Manusia: Ayah, ibu, guru, pekedai, penoreh, seniwati dan sebagainya

    Binatang: Burung, keldai, itik, serangga, tupai dan sebagainya

    Tumbuh-tumbuhanan: Bayam, cendawan, lalang, rumput, sawi dan sebagainya

     (b) Sesuatu benda yang tidak bernyawa, yakni benda, tempat dan sebagainya.
          Misalnya:
     
     Benda: Angin, buku, jam, meja, tilam dan sebagainya

     Tempat: Balai, gunung, kampung, negeri, sawah dan sebagainya

Pilih kata nama am di dalam kurungan untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini.

1.  Pihak __________meminta kerjasama orang ramai untuk membanteras kejadian ragut. (polis/tentera)

2.  Buah __________mempunyai bentuk yang hampir sama dengan buah nangka.  (cempedak/jambu)

3.  Safiah berlari dengan sekuat hati apabila dikejar oleh seekor ___________. (angsa, ular).

4.  Aliza kecewa kerana ___________kegemarannya habis dijual di beberapa buah kedai buku
     ditempatnya.(basikal/ majalah)

5. Pertandingan cerita itu akan berlangsung di ____________sekolah selama dua hari berturut-turut.
    (dewan, balai)

6. Zahid tidak menyangka dia akan dilantik sebagai_________pasukan hoki sekolahnya. (pengadil/ketua)

7.  Kakak memasukkan kekabu ke dalam sarung __________(selimut, bantal)

8.  Nenek meradang kerana pokok ___________nya dimakan oleh kambing.(sirih/kelapa).

KATA SENDI


1.         Kata Sendi ialah kata tugas yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama.

2.         Kata Sendi yang berbeza mempunyai fungsi yang berbeza.


Kata Sendi
Penggunaan


dari

~   menyatakan waktu atau masa
~  arah tempat



daripada

~   merujuk kepada unsur abstrak
~   merujuk kepada asal sesuatu kejadian
~   merujuk kepada orang atau haiwan
~   menyatakan perbandingan
~   menunjukkan keanggotaan



pada

~   menyatakan masa
~   menunjukkan tempat bagi sesuatu perbuatan
~   merujuk kepada unsur abstrak
~   merujuk kepada manusia



kepada

~   menyatakan arah yang merujuk kepada manusia / haiwan
~   menyatakan pecahan
~   merujuk kepada institusi yang ada kaitan dengan manusia



ke

~   menyatakan tempat
~   menyatakan arah
~   merujuk kepada benda konkrit yang tidak bernyawa
~   merujuk kepada masa



di

~   menyatakan tempat



oleh

~   digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di-
     dan ter-






dengan

~   menyatakan maksud bersama-sama
~   merujuk kepada sesuatu itu dilakukan
~   menyatakan keadaan perbandingan yang  setara



dalam / antara

~   membawa maksud tentang
~   menyatakan tempat yang tidak mempunyai ruang atau    
      jarak
~   merujuk kepada masa/waktu tertentu



untuk/bagi

~   menyatakan perhubungan yang membawa maksud  
     tujuan
~   menyatakan maksud buat
~   menyatakan maksud waktu yang ditentukan



demi

~   menyatakan untuk, bagi maksud tujuan
~   menyatakan kerana, bagi maksud tujuan
~   menyatakan maksud penegasan



akan/kepada/terhadap

~   menyatakan perasaan atau sikap manusia



tentang

~   menyatakan maksud berkenaan dengan hal/dibicarakan



hingga/sampai

~   menyatakan perihal peringkat
~   menyatakan had masa
~   menyatakan waktu
~   menyatakan tempat



sejak/sementara

~   menyatakan maksud bermula dari suatu masa tertentu



sebagai

~  menyatakan makna seakan-akan/seumpama
~  menyatakan makna menjadi/selaku





1          Gerakan mencari mangsa bot karam itu akan diteruskan __________ pagi esok.

A         dari
B         sejak
C         hingga
D         daripada

2          Abang Zaki mengambil gambar kami __________ menggunakan kamera Nikon.

A         di
B         pada
C         dengan
D         kepada

3          Angin monsun timur laut dijangka akan bertiup kencang __________ bahagian utara.

A         ke
B         di
C         pada
D         hingga

4          Kelawar keluar mencari makanan __________ waktu malam.

A         di
B         pada
C         hingga
D         daripada

5          Tudung saji itu digantung __________ dinding bersebelahan dengan bilik emak.

A         di
B         pada
C         dalam
D         dengan

6          Nadia memasukkan sampah __________ dalam tong sampah.

A         di
B         ke
C         pada
D         dengan


7          Aimee berjalan kaki ke sekolah __________ adiknya, Aina pada setiap pagi.

A         bagi
B         demi
C         antara
D         dengan

8          Kak Kiah membakar sebiji kek coklat __________ hari jadi anaknya.

A         bagi
B         demi
C         untuk
D         kepada

9
Para remaja dinasihati supaya tidak terpengaruh ____________ budaya barat yang tidak bermoral.

A
dengan

B
terhadap

C
kepada

10
Encik Amir menjolok buah rambutan yang tinggi itu __________ galah.

A
untuk

B
pada

C
dengan 

11
Seminar Bahasa Melayu itu telah dihadiri oleh para peserta ___________ Sabah dan Sarawak.

A
daripada

B
hingga

C
sampai

D
dari  

12
Sepasang baju kurung  biru itu dibelinya _____________ ibu di kampung.

A
akan

B
untuk  

C
kepada

D
daripada


13
Mereka sedang berbincang ____________ kenaikan harga barang-barang keperluan harian.


A
tentang  

B
akan

C
untuk

D
sejak

14
Mak Cik Mimah termenung sendirian di jendela rumahnya kerana rindu ________                   
anaknya yang menuntut di Mesir.


A
oleh

B
akan    

C
dengan

D
kepada


15
Borang cadangan itu hendaklah dimasukkan ___________ dalam peti yang
berwarna hitam.


A
di                                                  

B
ke                                      

C
pada

16
Projek perumahan Mega sudah terbengkalai ____________ tiga tahun yang lalu.


A
dari

B
sejak   

C
hingga

D
sampai

17
Menara Berkembar Petronas terdiri ______________ dua buah bangunan yang sama bentuknya.


A
dari

B
pada

C
daripada   

18
Kejayaan kita dalam pelajaran bergantung ____________ daya usaha kita sendiri.


A
oleh

B
pada   

C
kepada

19        Perompak bank itu menyerah diri __________ pihak polis petang semalam.
           
A         kepada
B         dengan
C         pada
D         ke

20        ”Hadiah itu __________ kamu, Zetty, ” kata Salina.

A         pada
B         untuk
C         dengan
D         kepada

21        Murid-murid Tahun 6 Ceria sedang berkumpul  __________ padang sekolah.

A         di
B         ke
C         dari
D         pada

22        Tabung uji itu jatuh __________ lantai lalu pecah.

A         di
B         ke
C         pada
D         kepada

23        ”Kami akan pergi ke rumahnya __________ pukul 4.00 petang,” kata Shah kepada Razman.

A         kepada
B         hingga
C         pada
D         di

24        Adik Airil sayang __________ Si Comel, kucing Siam yang dihadiahkan oleh Kak          Noni.

A         dengan
B         akan
C         pada

25
Paras air sungai Kelantan sentiasa dicatat ____________ semasa ke semasa .

A
dari              

B
pada

C
kepada

D
daripada

26
Kita harus bersikap belas kasihan ___________  binatang-binatang.

A    akan

B    bagi

C    untuk

D    terhadap           



27
Haziq tidak pernah menghubungi kami ___________ berpindah ke bandar Ipoh.

A    demi

B    bila

C    pada

D    semenjak                  



28
Dia menyusun batu bata itu satu ____________ satu di bawah rumahnya.

A    demi                              

B    untuk

C    pada


29
Skim pinjaman buku teks disediakan ____________ pelajar yang kurang mampu.


A    demi

B    bagi                 

C    akan

D    pada



30
Encik Rasdi gemar ___________ muzik irama tradisional sebagai halwa telinga.


A    akan                         

B    untuk

C    pada

D    hingga


31
Kereta yang terlibat dalam kemalangan itu, adalah _____________ Kuala Kangsar ___________ Kedah.


A    di …ke

B    dari … ke  

C    di … kepada

D    daripada …kepada


32
________________ hari raya yang mulia ini, kita haruslah bermaaf-maafan antara satu ________ yang lain.


A     Di …terhadap

B     Pada …dengan    

C     Di … dengan

D     Pada …terhadap

33
Hazim mengecat ruang tamu biliknya _______________ yang disuruh ________ ayahnya.


A    seperti …oleh      

B    bagai …dari

C   sebagai …akan

34
Amir Hafiz menghantar e-mel  ____________ abangnya yang berada _________ Ireland.


A    akan ... di

B    untuk …dari

C    kepada ... di                   

35        Abang Haikal bekerja sebagai pembantu tadbir __________ Pejabat Daerah Kinta.

A         di
B         ke
C         dari
D         kepada 

36        “Lebih baik membaca buku __________ asyik bermain sahaja,” kata emak kepada Kamil.

A         dari
B         pada
C         kepada
D         daripada

37        Rumah Balqis terletak __________ antara rumah Kamalia dengan rumah Zila.

A         di
B         ke
C         dari

38        Hafis Hashim mempamerkan permainan yang menarik __________
            awal hingga akhir permainan.

A         ke
B         dari
C         kepada
D         daripada

39        Semua borang penyertaan mestilah sampai kepada kami sebelum atau _____________ 22 Februari 2007.

A         dari
B         pada
C         kepada
D         daripada

40        Perompak  itu menikam Pak Sharif __________ belakang semasa cubaan         merompaknya.

A         di
B         ke
C         dari
D         daripada

41        Pasar raya baru itu terdiri __________ beberapa tingkat.

A         di
B         dari
C         kepada
D         daripada


42        Lagu ‘Si Baju Hijau’ ini ditujukan khas __________ para perajurit.

A         ke
B         pada
C         kepada
D         daripada

43        Suzila mempunyai tahi lalat manis __________ bawah dagunya.

A         di
B         ke
C         kepada
D         daripada

44        Aduan __________ para pekerja kilang Tanako itu harus diberi perhatian.

A         ke
B         dari
C         kepada
D         daripada

45        Bantuan kewangan telah disampaikan __________ keluarga mangsa-mangsa banjir.

A         dari
B         pada
C         kepada
D         daripada

46        Jam tangan yang berwarna keemasan itu diimport __________ Perancis.

A         ke
B         dari
C         pada
D         daripada

47        Perbicaraan kes samun itu akan disambung __________ minggu hadapan.

A         ke
B         oleh
C         akan
D         pada

  
48        Majlis keraian itu akan diadakan __________ rumah Tok Penghulu Muda.

A         di
B         dari
C         demi
D         kepada

49        Setiap pasukan bola jaring yang akan bertanding mestilah terdiri __________
            tujuh orang pemain.

A         dari
B         dalam
C         daripada

50        Maria telah menunjukkan bakat kepemimpinannya __________ di bangku sekolah lagi.

A         daripada
B         hingga
C         sejak
D         dari

51        ”__________ pendapat kamu mengapakah kelakuannya berubah sejak akhir-akhir ini?” tanya Kamil.

A         Di
B         Pada
C         Sejak
D         Daripada

52        Gunasegaran tidak bekerja _________ kemalangan itu.  

A         sejak
B         hingga
C         kepada
D         daripada

53        Anggota pasukan keselamatan sanggup berkorban nyawa __________ mempertahankan kedaulatan negara.

A         demi
B         pada
C         bagai
D         daripada

54        Pelancong-pelancong yang datang __________ Malaysia amat tertarik dengan keindahan alam semula jadi dan keramahan para penduduk di sini.

A         di
B         ke
C         dari
D         pada

55        Nabila telah menulis surat __________ Guru Besarnya untuk meminta kebenaran menggunakan dewan sekolah pada 30 Mac 2007.

A         di
B         ke
C         pada
D         kepada

56        Luka __________ kaki kirinya akibat terpijak kaca belum sembuh lagi.

A         pada
B         dengan
C         kepada
D         daripada

57        Badrul sangat sayang __________ Nenek Miah yang menjaganya selama ini.

A         ke
B         pada
C         akan

58        Nyanyian Sheila Majid lebih merdu __________ nyanyian Ellie.

A         di
B         kepada
C         dengan
D         daripada


  
Soalan 59 berdasarkan Gambar 1


          

               






Gambar 1

59        Nathan menendang bola itu __________ penjuru kanan pintu gol.

A         ke
B         dari
C         kepada
D         dengan

60        Sekolah akan ditutup __________ hari Khamis ini kerana cuti Hari Pekerja.

A         di
B         ke
C         demi
D         pada


Soalan 61 berdasarkan Gambar 1












Gambar 1

61        Pelayan itu sedang menghidangkan makanan __________ para tetamu.

A         serta
B         untuk
C         supaya
D         daripada

62        Kami dijangka _________ terlewat sampai __________ Pulau Langkawi kerana kereta mengalami kerosakan.

A         dari ... di
B         akan ... di       
C         akan ... dari
D         dengan ... ke

63        Tuan Guru Besar telah diminta untuk menyampaikan hadiah __________ para
            pemenang.

A         ke
B         pada
C         untuk
D         kepada



64        Kedua-dua orang anak Puan Yati dapat menulis dan membaca __________ lancar walaupun masih kecil.

A         bagi
B         hingga
C         dengan
D         kepada

65        Pembinaan rumah kos sederhana itu akan dilaksanakan __________ Syarikat Seri Maju Sendirian Berhad.

A         oleh
B         sejak
C         dengan
D         daripada

66        Encik Mustafa sedang membersihkan longkang yang berlumut __________ belakang rumahnya.

A         di
B         akan
C         pada
D         untuk  

67        __________ masa pendudukan Jepun, makanan dan barang-barang keperluan amat sukar didapati serta mahal pula.

A         Di
B         Dari
C         Pada
D         Untuk

68        Lolongan anjing yang sayup-sayup itu datangnya __________ arah bukit sana.

A         di
B         dari
C         pada
D         daripada

69        ”Ayah amat bangga __________ kejayaan kamu mendapat 5A ___________UPSR,” kata ayah kepada Farhan.

A         di ...dengan
B         bagi ... pada
C         oleh ... di
D         akan ... dalam
70        Mereka pergi ke Cameron Highlands __________ menaiki sebuah bas yang disewa khas oleh pihak sekolah.

A         oleh
B         untuk
C         dengan
D         daripada

71        Baju kurung itu dibeli __________ Puan Zuraida di Pasar Raya Fajar semasa Karnival Jualan Murah pertengahan bulan yang lalu.

A         bagi
B         oleh
C         untuk
D         kepada

72        Abang Haris berdiri __________ stesen bas sambil memerhatikan gelagat orang ramai yang lalu lalang.

A         di
B         ke
C         dari
D         daripada         

73        Pekerja-pekerja kontrak itu bergegas pulang __________ rumah masing-masing setelah selesai bekerja.

A         di
B         ke
C         dari
D         kepada

74        Mesyuarat bulanan ini adalah __________ ahli lembaga pengarah Syarikat Suria sahaja.

A         bagi
B         pada
C         untuk
D         kepada

75        Sekolah akan mula bercuti ___________ akhir minggu ini.

A         di
B         dari
C         bagi
D         pada

76        Dua orang pelajar sekolah itu menerima sijil penghargaan __________ pihak polis kerana memberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah yang paling dikehendaki itu.

A         dengan
B         dari
C         bagi
D         daripada

77        Cikgu Marzuki menyampaikan ceramah ___________ pentingnya ilmu pengetahuan.

A         dari
B         kepada
C         tentang
D         daripada

Soalan 78 berdasarkan Gambar 2

                                        









     Gambar 2

78        Segala persediaan __________ menghadapi peperiksaan pertengahan tahun telah saya lakukan sejak awal tahun lagi.

A         bagi
B         sejak
C         kepada
D         dengan

79        Kereta mainan itu dibeli __________ anak saudara kesayangannya.

A         bagi
B         untuk
C         kepada
D         dengan

80        ”__________ bila kamu pandai berbohong?”  herdik Cikgu Lokman kepada Jamil.

A         Dari
B         Pada
C         Sejak
D         Daripada

81        Lagu ’Cahaya Cinta’ nyanyian Datuk Siti Nurhaliza itu ditujukan __________
            tunangnya yang jauh di perantauan.

A         pada
B         dengan
C         kepada
           

Soalan 82 berdasarkan Gambar 3

                                         










Gambar 3

82        Perkara itu telah diadukan _________ ketua kampung.

A         ke
B         pada
C         dengan
D         kepada

83        Filem ’Sesejuk Air Mata Ibu’ itu menceritakan __________ pengorbanan seorang ibu tunggal yang membesarkan enam orang anak.

A         bagi
B         untuk
C         tentang
D         daripada

84        Buah mangga itu dikupas oleh ibu __________ sebilah pisau yang tajam.

A         dengan
B         hingga
C         tentang
D         daripada

85        Patung wayang kulit diperbuat __________ kulit kambing yang telah dikeringkan.

A         oleh
B         dari
C         dengan
D         daripada

86        Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita mestilah patuh __________ undang-undang negara.

A         bagi
B         pada
C         kepada
D         dengan

87        Para pelajar memperoleh pengetahuan yang berguna __________ lawatan sambil belajar ke Melaka tempoh hari.

A         dari
B         untuk
C         dengan
D         daripada

88        Pak Cik Zainal tidak bersetuju __________ cadangan anaknya untuk menjual tanah bendang di hujung kampung mereka.

A         akan
B         untuk
C         dengan
D         tentang

89        Galah yang panjang itu digunakan __________ mengait buah rambutan yang sedang masak.

A         untuk
B         kepada
C         dengan

90        Rekod kedatangan itu hendaklah diserahkan __________ pejabat sebelum pukul sembilan pagi pada setiap hari.

A         di
B         ke
C         pada
D         kepada






KATA ADJEKTIF




   Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, atau perbuatan. Ada sekurang-kurangnya sembilan jenis kata adjektif.

       Jenis Kata Adjektif

  1. Kata adjektif sifatan / keadaan

Contoh:           baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin,
garang, buas, condong

  1. Kata Adjektif Warna

Contoh:  hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu

  1. Kata Adjektif Ukuran

Contoh:  nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil

  1. Kata Adjektif Bentuk

Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok

  1. Kata Adjektif Jarak

Contoh:  jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris

  1. Kata Adjektif Waktu

Contoh:  cepat, lambat, silam, segera, baharu,

  1. Kata Adjektif Perasaan

Contoh:  sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu

  1. Kata Adjektif Cara

Contoh:  perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering

  1. Kata Adjektif Pancaindera

Contoh:  pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin, masam,  nyaring,  gemeresik
Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas  jawapan.


1
Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya.

A
cair


B
putih


C
pekat


D
merah


2
Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.

A
ketat


B
besar


C
singkat


D
longgar


Soalan 3 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

3
Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula harganya.

A
kelat

B
enak

C
manis

D
masam

4
Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.

A
nipis



B
kasar



C
kesat



D
tumpul



Soalan 5 berdasarkan Gambar 2


Gambar 2

5
Air sungai itu __________ kerana banyak sampah sarap yang dibuang ke dalamnya.

A
jernih

B
hitam

C
kotor

D
bersih


6
Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.

A
kecil


B
tebal


C
besar



D
panjang



7
Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.

A
sejuk



B
damai



C
panas



D
nyaman



8
Udara di Calet Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh __________.

A
segar

B
cergas

C
nyaman

9
__________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.

A
Indah



B
Tinggi



C
Kelam



D
Sayup



10
Pelajar Tahun Enam Waja sangat __________ dan hormat kepada guru-guru mereka.

A
baik



B
malu



C
takut



D
patuh



11
Marsya berasa______________semasa meraikan hari jadinya.

A
pilu



B
mahu



C
cemas



D
gembira



12
Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang ________

A
tinggi



B
besar



C
kontot



D
panjang



13
Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan air tawar.

A
hapak



B
hanyir



C
tengik



D
hancing




Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

A
serak



B
garau



C
merdu



D
nyaring



15
Roziah agak_____________dengan semua orang walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.

A
sombong



B
senang



C
ramah



D





16
Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________ pagi tanpa berputus asa.

A
kegelapan



B
kedinginan



C
kemalapan



D
kepanasan




17
Kepala adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang di sekolah.

A
bengkok



B
bengkak



C
botak



D
lekuk



18
Jalan raya di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi_____________ pada musim perayaan.

A
lengang



B
senyap



C
muram



D
suram



19
Mata Aminah ____________ kerana terkena air sabun

A
pedas



B
lebam



C
pedih








20
Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk Kampung Semangat.

A
luas



B
sempit



C
senang








21
Tapak tangan Pak Abu selepas mencangkul tanah di kebunnya petang tadi.


A
menggelupas
B
menggerutu
C
melecur
D
melecet


22
Nana berasa ________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga yang dikupasnya itu.


A
geli
B
haru
C
kelam
D
gundah

23
Itik itu mempunyai bulu yang ________ air menyebabkan bulunya sentiasa kering walaupun berada lama di dalam air.


A
kesat
B
telap
C
telus
D
kalis

24
Pak Tamin begitu ________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam .


A
terkilan
B
runsing
C
murung
D
sengsara

25
Keadaan menjadi semakin ________ kerana kedua-dua belah pihak tidak mahu mengalah .


A
pelik
B
gawat
C
runcing
D
rencam

26
Bau ________ di bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak wangi yang ________  itu .


A
busuk …tengik
B
hanyir… wangi
C
hapak … harum
D
hancing …mersik




27
Cik Loh sangat ________ mendengar lagu yang dinyanyikan
oleh biduanita itu .


A
ghairah
B
asyik
C
tekun
D
leka


28.
Durrah tergelincir semasa melalui jalan yang  ________  itu .


A
becak
B
lembik
C
lembap
D
bengkok

29.
Tiang-tiang elektrik di tebing itu ________ selepas berlakunya gegaran.


A
serong
B
bengkok
C
bongkok
D
condong


30
Motosikal yang dipandu laju itu  ________  melanggar kereta yang
datang dari arah bertentangan .


A
jauh
B
cepat
C
dekat
D
hampir


31

Micheal Lim mengalirkan air mata kerana terlalu __________ mendengar berita tentang kemalangan itu.

A
sedih



B
hairan



C
terkejut



D
gembira



32
“Buah duku langsat itu sangat manis sekali dan __________ pula rasanya,” kata Ghani.

A
lazat



B
busuk



C
mahal



D
harum




Soalan 33 berdasarkan Gambar 3
Gambar 3

33
Budak itu lemas kerana dihanyutkan oleh arus sungai yang sangat __________.

A
pantas

B
cepat

C
deras

34
Kerjanya yang begitu __________, dapat menjadikan gubahannya begitu cantik.

A
tertib



B
lemah



C
sopan



D
lembut





35
Bangunan yang ______­­­____ itu akan dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Shah Alam.

A
baru

B
antik

C
retak

D
runtuh

36
Keadaan dan suasana di Kampung Teluk Penadah sungguh __________ dan tenang.

A
sibuk



B
damai



C
serabut



D
gembira



37
Kakak tidak suka akan daging lembu kerana baunya yang ___________

A
hapak



B
tengik



C
hamis



D
haring



38
Amirul berjalan dengan __________ kerana dia hendak cepat sampai di rumahnya.

A
tertib



B
gopoh



C
pantas



D
cermat



39
Nur Hayati berasa __________ untuk berpisah dengan kawan-kawan sedarjahnya.

A
pilu



B
gusar



C
geram



D
marah



Soalan 40 berdasarkan Gambar 4


Gambar 4



40
Kemalangan jalan raya itu berpunca daripada __________ pemandunya.

A
kelajuan

B
kelalaian

C
keberanian

41
Seluar itu tidak ____________ untuk abang kerana pinggangnya besar.

A
masuk



B
muat



C
muak



D
mual



42
Dia berazam untuk______________badannya seperti dua tahun lalu.

A
menjadikan



B
mengecilkan



C
mengecutkan



D
menguruskan



43
Kucing hitam itu mencuri ikan yang_____________digoreng oleh kaka.

A
baru



B
lama



C
segar



44
Ayah sedang mengasah parang yang_______________itu

A
tumpul



B
tajam



C
tebal



45
Walaupun umur adik baru empat tahun, tetapi dia____________bercakap.

A
laju



B
petah



C
bising



D
pandai



46
Wajah Azril____________apabila disindir oleh rakan-rakannya

A
masam



B
masin



C
manis



D
manja



47
Hujan___________telah mengakibatkan tanah di lereng bukit itu runtuh.

A
kuat



B
lebat



C
hebat



48
Kereta itu terbabas kerana dipandu terlalu______________.

A
laju



B
tajam



C
cepat



D
lambat



49
Pemerintah negara itu sangat_______________kerana telah menindas rakyatnya

A
baik



B
keras



C
kejam



D
waras



50
Encik Haziq memandu van_____________nya itu dengan berhati-hati.

A
kecil



B
baru



C
elok



51
Air kopi itu ________ kerana langsung tidak dimasukkan gula .


A
pahit
B
masin
C
manis
D
masam

52
Lalu lintas di situ kembali ________ setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi .


A
tegang
B
gelap
C
pulih
D
pil


53
Anak Encik Nazri yang berusia tujuh tahun begitu ________ menggunakan komputer  .


A
geliga
B
cekap
C
petah
D
fasih


54
Rasa pisang muda amat ________ kerana masih mengandungi banyak getah .                  


A
kelat
B
pahit
C
manis
D
masam

55
Zurina berasa takut apabila tinggal di dalam bilik yang ________ itu.


A
senyap
B
sunyi
C
diam
D
riuh

56
Perut ikan buntal yang _______ itu menarik perhatian saya .


A
lebar
B
buncit
C
sendat
D
runcing

57
Pokok kelapa yang __________ itu telah tumbang dipukul ribut petang semalam.

A
luas



B
tinggi



C
rimbun



D
panjang



Soalan 58 berdasarkan Gambar 5

Gamabar 5

58
Pada hari minggu, Albert Lim menonton televisyen hingga __________ malam.

A
hari



B
larut



C
gelap



D
nampak








59
Keadaan jalan raya di selekoh tersebut sangat __________ selepas hari hujan.

A
laju



B
rata



C
licin



D
lekuk




60
Kamus dwibahasa edisi baharu yang __________ itu berharga RM45.00 sahaja.

A
nipis



B
tebal



C
berkilat



D
berwarna




61

Abang melarang kami bermain berhampiran dengan tasik yang __________ itu.

A
jauh



B
cetek



C
dalam



D
dangkal



62
Orang __________ itu menderma sejumlah wang untuk membina surau di kampungnya.

A
kaya



B
papa



C
cerdik



D
peramah



63
Keropok ubi kayu itu __________ kerana tidak disimpan di dalam bekas kedap udara.

A
kuat



B
tajam



C
lemau



D
garing



64

Perabot yang dijual di kedainya itu terdiri daripada kayu __________ yang diimport.

A
nipis



B
tebal



C
kesat



D
keras



65
“Kamu bukan tidak pandai, cuma __________ membaca buku,” kata Cikgu Siti Noridah.

A
bijak



B
malas



C
cerdik



D
pandai




66
Janganlah __________ bermain, banyak lagi kerja rumah yang perlu kamu selesaikan.

A
asyik



B
tekun



C
sering



D
kurang



67
Karipap yang digoreng menggunakan minyak yang berbau ____________ tidak sedap untuk dimakan.

A
hangit



B
tengik



C
busuk



D
basi



68
Ah Meng terpaksa bercakap dengan nada yang _______ kerana ayahnya mengalami masalah pendengaran

A
kuat



B
kasar



C
tinggi



D
kesat



69
Akar Seruntun memang terkenal dengan rasanya yang __________.

A
pahit



B
masin



C
masam



D
manis



70
Asap ________________  meliputi kawasan perumahan itu semasa berlaku kebakaran.

A
tebal

B
nipis

C
berkilat

D
berwarna

71
Keadaan Pantai Teluk Cempedak yang agak ______ itu membahayakan anak-anak yang bermain di situ.

A
pantai

B
curam

C
dalam

D
rendah



72
Nasi yang dimasak oleh nenek terlalu___________.

A
mentah



B
lembik



C
hangit



D
tengik



73
Farisha  __________ tinggal sendirian kerana ahli keluarganya yang lain pergi membeli-belah.

A
aneh



B
boros



C
buruk



D
bosan



74
Puan Maisarah menyediakan makanan yang ____________ untuk keluarganya.

A
elok



B
lazat



C
hebat



75
Walaupun harga barang-barang di kedai itu ________ namun pelanggannya tetap ramai.


A
murah
B
tinggi
C
mahal
D
rendah

76
Ibu pulang dari pasar dengan membawa sebuah bakul yang ________ dengan barang dapur .


A
sarat
B
sendat
C
sumbat
D
sendal

77
Biskut coklat  yang dibeli oleh emak sungguh enak dan ________ .


A
rangup
B
lemau
C
rapuh
D
hangit


78
Nasir kelihatan sungguh ________ setelah terjatuh ke dalam anak sungai .


A
kesat
B
basah
C
comot
D
compang

79
Puan Azura merupakan seorang ibu yang ________ menghadapi dugaan hidup .


A
kuat
B
patuh
C
cekal
D
berani

80
Hazwani berasa ________ kerana permohonannya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara ditolak .


A
kesian
B
hampa
C
hancur
D
resah